Padang Perahu di Lautan

MUHAMMAD HAJI SALLEH adalah penerima Anugerah Sastera Negara 1991 dan S.E.A. Write Awards 1997.

DBP (Cetakan Pertama, 2022)
211 halaman termasuk Indeks

RM35.00

In stock

Padang Perahu di Lautan adalah jilid kedua autobiografi Muhammad Haji Salleh selepas Sebermula, Maka Tersebutlah … Sebuah Hikayat Diri, yang bermula dengan kisah beliau mengajar di Sekolah Menengah Ipoh pada tahun 1965. Dalam jilid kedua ini, penulis cuba melukiskan pengalaman mengajar di Ipoh. Namun menurutnya, musim cepat berubah dan kapal pun membawa beliau ke Universiti Singapura. Di sana beliau diasuh oleh penyair terkenal, D.J. Enright, yang memperkenalkannya kepada dunia penerbitan antarabangsa. Dengan pembacaan yang semakin meluas, banyak pula pulau dan kota yang telah beliau temui.

Oleh sebab penulis terikat dengan kontrak Kementerian Pendidikan Malaysia, maka setelah lulus pengajian di Singapura, beliau kembali ke sekolah, kali ini ke Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan. Angin bertiup terus. Setelah itu penulis diterima sebagai tutor di Jabatan Inggeris Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kajian tentang perkembangan puisi Melayu dan Indonesia moden membawa penulis ke Dewan Bahasa dan Pustaka, dan memperkenalkannya kepada pengarang-pengarang penting pada masa itu serta membuka pintu sastera di sana. Penulis terus bertemu dan mewawancara penyair-penyair ternama, dan kadang-kadang diminta menterjemahkan sajak-sajak Melayu dalam bahasa Inggeris. Sementara itu, penulis memanjat tangga Arkib Negara yang mengajarnya bahawa sejarah juga besar maknanya, dan harus dijaga oleh pengarang.

Akan tetapi, menurut penulis, yang sama pentingnya ialah kajian tentang penyair-penyair besar Indonesia. Beliau bertemu dengan Subagio Sastrowardojo, W.S. Rendra, Ramadhan K.H., Ajip Rosidi, Taufiq Ismail, dan juga membantu menterjemahkan Sajak-sajak Perjuangan Indonesia.

Untuk melengkapkan peta mutakhir puisi Indonesia, penulis masuk ke kelas Pak Nasution dan Hutangalung. Di sana penulis belajar daripada pencapaian penyair ini, dan juga mengutip keindahan bahasa Indonesia yang dinamik dan berani untuk baris-baris puisi ciptaan beliau sendiri. Di Indonesialah karya kritikan penulis pertama kali diterbitkan, sesuatu yang membuka jalan yang panjang di depan.

Pada akhir tahun 1969, penulis lulus pengajian di Universiti Malaya dan diterima sebagai pensyarah (dan Ketua Jabatan) di Universiti Kebangsaan Malaysia yang baru ditubuhkan pada bulan Mei 1970. Di sanalah penulis mula berasa terlibat dalam perkembangan ilmu pada peringkat yang lebih tinggi dan harus menyumbang kepadanya. Namun begitu, pada bulan Ogos, penulis berangkat lagi, kali ini ke Ann Arbor, Michigan.

Jilid ketiga kelak ialah kanvas besar hidup penulis sebagai pelajar, penterjemah dan penyair.

Prakata

BAB 1 NIKMAT UDARA DI KHATULISTIWA
Di Ipoh — Dililit Gunung dan Mimpi (1965)

BAB 2 SINGAPURA, DUNIA DI LORONG ILMU
Ke Raffles Hall
Tragedi Penjajahan
Beberapa Orang Pensyarah Mengajar Kami
Dunia Saya ialah Sebuah Kampung Bernama Bukit Timah (1965-1968)
Bateri Puisi di Bukit Timah
Kedai Buku
Menulis di Asrama
Cuti Penggal
Dunia Juga Sebuah Sayembara
Dunia Penyair Melayu Singapura
Ke Pantai Timur (Terengganu — Kelantan)
Ke Kelantan
Menjadi Penyair

BAB 3 ILMU MERENTAS SEMPADAN
Sejarah Sekolah Sultan Abu Bakar Syah
Universiti Malaya, Kuala Lumpur (Julai 1968)
Kali Pertama ke Universiti Malaya
Tutor di Jabatan Bahasa Inggeris
Menulis Sebuah Tesis
Kehidupan di antara Rak Buku
Dunia Sastera, Penyair Muda 1960-an
Lembah Pantai

BAB 4 PENYELIDIKAN DI INDONESIA
Di Fakultas Sastra
Bertemu dengan Pengarang
Projek Terjemahan Puisi
Bertemu Sasterawan Muda Indonesia
Ke Bandung dan Timur
Ke Bali
Kembali ke Bandung
Pulang ke Jakarta
Kembara Dalaman
Jalan Pulang

BAB 5 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1970
Mula Menjadi Pensyarah
Jalan Menyimpang Lagi

Indeks

Weight0.289 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Sebermula, Maka Tersebutlah... Sebuah Hikayat Diri

    Sebermula, Maka Tersebutlah… Sebuah Hikayat Diri

    RM30.00