Panglima Awang

HARUN AMINURRASHID adalah penulis dan karyawan besar Melayu, serta telah memimpin beberapa penerbitan akhbar dan majalah di Malaysia.

DBP (Cetakan Kedua, 2012)
200 halaman

RM15.00

In stock

If you purchase this book you will earn 3 points worth of RM0.30!
ISBN: 9789834610340 Product ID: 26497 SKU: 9789834610340 Category: Tag:

Panglima Awang merupakan sebuah novel sejarah yang mendedahkan tentang usaha-usaha warganegara yang taatnya tidak berbelah bahagi kepada raja dan bumi Melaka untuk mengembalikan kedaulatan negara dan bangsanya untuk menjadi tatapan warganegara negeri ini untuk merenung kembali titik-titik hitam di dalam sejarah negara kita. ‘Kesejarahan’ karya ini disokong menerusi dua halaman khas yang ditulis pengarangnya di awal novel ini iaitu “sudut Sejarah” yang antara lain mencatatkan tentang hubungan novel ini dengan perjalanan sejarah Melaka khususnya semasa berlakunya serangan askar Portugis pada 1511. Harun Aminurrashid mengaku bahawa beliau merujuk dua karangan pendek yang disiarkan dalam akhbar Inggeris dan akhbar Indonesia yang mendakwa bahawa seorang lelaki Melayu disahkan mengelilingi dunia dalam abad ke-16. Kisah lelaki Melayu Melaka yang dipercayai orang Melayu pertama yang mengelilingi dunia, kemudian disaring sebagai inti novel Panglima Awang.

Melalui catatannya dalam ruang ini juga, Harun Aminurrashid rata-rata melihat usaha ‘pemadaman’ nama lelaki Melayu itu sebagai antara taktik penjajah (Portugis atau Sepanyol) untuk tidak memberi pengktirafan kepada bangsa Melayu. Beliau juga menggesa ahli sejarah menyelongkar kedudukan ‘lelaki Melayu’ tersebut yang ada kemungkinan merupakan keturunan Hang Tuah atau pahlawan Melayu lain. Maka jelasnya, sejak awal novel ini ditulis sebegitu rupa bagi membentuknya sebagai sebuah novel yang berkaitan dengan alur sejarah. Kecenderungan mengekalkan label sejarah pada novel ini, kian diperkukuhkan apabila dikesani bahawa pengarang akur dengan gerak sejarah hubungan Melaka dengan Portugis melalui watak-watak yang terlibat; rata-rata dikerjakan secara kronologi.

Teknik pemindahan dari sejarah ke naratif dalam novel ini, bermula dengan pemilihan Harun Aminurrashid terhadap nama protagonisnya, ‘Panglima Awang’. Merujuk catatannya, ‘Panglima’ dianggap sebagai lambang kepada sifat bijak, kuat dan cergas seorang lelaki Melayu. Sementara ‘Awang’ dipilih sebagai gantinama atau wakil diri pemuda Melayu. Maka itu pengarang menggunakan nama watak ‘Panglima Awang’ dalam novel sejarahnya ini bagi mewakili sifat-sifat kepahlawanan yang kemudiannya mewajarkan sifat sejarah novel ini. Jelasnya nama ini bersifat fiktif; ia tidak pernah wujud dalam penulisan pensejarahan Melayu Melaka; sama ada selama ini ia dinafikan oleh pihak orientalis atau ia tidak digali kesahihannya oleh sarjana tempatan.

Walau bagaimanapun watak Panglima Awang diberi perwatakan yang sesuai dengan gerak kronologi sejarah. Misalnya watak ini menjadi hamba Magellan, mengikut Magellan ke Portugal, menyertai beberapa kembara seperti ke Morocco, Sabah dan Filipina. Watak Panglima Awang mula diperkenalkan dalam bahagian satu novel ini sebagai lelaki yang berasal dari Sumatera, menjadi ketua kepada sekumpulan pemuda Melayu, merupakan kumpulan yang mempertahankan Melaka selepas diserang Portugis. Proses mengada-adakan kumpulan pemuda ini disifatkan rata-rata sebagai indeks penentangan pengarang terhadap penjajahan dalam konteks ini kedatangan Portugis.

Novel Panglima Awang ‘memperbaiki’ sejarah Melaka, beralaskan gerak sejarah dan politiknya. Pembaikian nama Panglima Awang daripada Enrique dan menjadikannya sebagai judul novel, merupakan strategi Harun Aminurrashid mengangkat semangat dan aspirasi perjuangan di kalangan masyarakat Melayu. Novel ini diterbitkan sebaik Tanah Melayu mencapai kemerdekaan; semangat kebangsaan dibaur pengarang dengan pengangkatan maruah bangsa Melayu ke peringkat dunia. Di samping ia dapat diterima sebagai wadah pengarang menyalurkan aspirasi, kepercayaan dan apa yang dianggapnya benar khusus yang bersangkutan dengan maruah bangsa dan tanahairnya. Melalui periteks pengakuan yang dinyatakan, Harun Aminurrashid ingin memaklumkan khalayak akan kekuatan, keupayaan dan harga diri bangsanya

1. Patah Perang
2. Mula Bertindak
3. Tertawan
4. Mangsa
5. Belayar ke Goa
6. Peristiwa dalam Pelayaran
7. Dunia Baharu
8. Belayar Lagi
9. Dugaan Hidup
10. Ke Hujung Benua
11. Menyahut Cabaran
12. Dari Mazzava ke Cebu
13. Pecah Perang
14. Rancangan Khianat
15. Bertemu Kembali
16. Gerakan
17. Bersatu Kembali

Weight 0.179 kg
Dimensions 18.5 × 12.8 × 1 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Panglima Awang”

Your email address will not be published. Required fields are marked *