Out of stock

Pasukan F PDRM vs Komunis di Malaysia 1971-1990

Penulisan bersama ROSLAN MUHAMAD dan ISHAK SAAT

Penerbit UPSI (Cetakan Pertama, 2021)
357 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM45.00

Out of stock

Product ID: 33096 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Pasukan F PDRM vs Komunis di Malaysia 1971-1990 menyingkap kembali peranan yang dimainkan oleh pasukan keselamatan khususnya pasukan rahsia Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) iaitu Pasukan F terhadap pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) khususnya di Semenanjung Tanah Melayu ketika insurgensi tahun 1971-1990. Kegagalan pemberontakan era Darurat memaksa PKM berundur dan melakukan pemulihan dan pengukuhan pasukan di selatan Thailand. Perancangan dilakukan dengan mengubah segala strategi bagi merancang semula kebangkitan bersenjata. PKM memperkasakan anggotanya dari segenap sudut termasuklah dan segi kelengkapan senjata dan aktiviti gerila. Kebangkitan semula yang dilakukan PKM pada 1968 menerima tentangan dan cabaran yang hebat daripada pasukan keselamatan menerusi beberapa operasi yang dilakukan. Selain daripada tentera, pembanterasan pengganas komunis juga dilakukan oleh pasukan rahsia PDRM yang dikenali sebagai Pasukan E3F atau Pasukan F. Pasukan F merupakan pasukan elit dari Unit Cawangan Khas yang ditubuhkan khusus bagi menangani ancaman komunis sehingga termeterainya Perjanjian Damai Hat Yai pada 2 Disember 1989.

Namun begitu kewujudan Pasukan F ini tidak didedahkan oleh pihak kerajaan bagi mengaburi pihak musuh. Kerahsiaan ini bukan sekadar kepada pihak musuh semata-mata tetapi juga kepada pasukan keselamatan lain dan orang awam. Oleh sebab itu, sepanjang pemberontakan kedua pengganas komunis, Pasukan F dan operasi melibatkan pasukan ini tidak pernah menjadi sebutan. Kebangkitan semula PKM selepas era darurat juga disebut sebagai Insurgensi Kedua. Sungguhpun negara kita telah bebas daripada Undang-undang Darurat dan mencapai kemerdekaan sepenuhnya pada 31 Ogos 1957, ini bukanlah bererti berakhirnya perjuangan bersenjata dan pergerakan komunis yang ditunjangi oleh PKM. Ternyata perjuangan PKM bukanlah bersifat untuk menuntut kemerdekaan tetapi untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis di Malaysia. Selepas tamatnya Darurat pada 31 Julai 1960, PKM memperlahankan rentak perjuangan bersenjata malah masa senggang ini digunakan sepenuhnya oleh pengganas komunis untuk melancarkan pemberontakan yang lebih tersusun terutamanya di Semenanjung Tanah Melayu.

Kewajaran menjalankan kajian ini kerana waktu ini merupakan proses penyusunan semula gerakan dan strategi PKM dalam usaha merancang rampasan tampuk kepimpinan negara menerusi gerakan bersenjata khususnya di Semenanjung Tanah Melayu. Penyelidikan ini juga turut mengupas segala bentuk susun atur gerak kerja atau strategi gerakan PKM dalam memastikan objektif perjuangan mereka tercapai. Oleh yang demikian, penyelidikan mengenai perkembangan pergerakan komunis di Semenanjung Tanah Melayu ini adalah amat penting untuk membuktikan bahawa gerakan komunis ini tidak terhenti setelah tamatnya tempoh Darurat selama 12 tahun dan merupakan ancaman kepada kedaulatan negara. Justeru itu, penyelidikan ini menekankan hal berkaitan latar belakang perkembangan gerakan komunis bermula pada tahun 1930 sehingga tamatnya gerakan 1989, susun atur gerak kerja PKM, pembanterasan oleh pihak kerajaan Malaysia, analisis kejayaan pihak komunis dan kerajaan Malaysia serta Perjanjian Damai Hat Yai 1989.

Prakata
Senarai Rajah
Senarai Jadual

1. PENDAHULUAN
Pengenalan

2. LATAR BELAKANG PERGERAKAN PARTI KOMUNIS MALAYA 1930-1960
Pengenalan
Pengaruh dari China
Pengaruh dari Indonesia
Perkembangan Awal Pergerakan Komunis di Tanah Melayu
Perkembangan Pergerakan PKM 1930-1941
Perkembangan Pergerakan PKM 1941-1948
Perkembangan Pergerakan PKM 1948-1960
Kesimpulan

3. STRATEGI PARTI KOMUNIS MALAYA
Pengenalan
Penyusunan Semula Organisasi dan Pertukaran Arah PKM
Propaganda
Mempengaruhi Pelajar dan Belia
Memperalatkan Agama
Menerusi Akhbar dan Penerbitan Radio
Mempengaruhi Pertubuhan, Parti Politik dan Ahli Politik
Penyusunan Gerakan Bawah Tanah
Kesimpulan

4. TAKTIKAL PARTI KOMUNIS MALAYA
Pengenalan
Bekerjasama dengan Parti Komunis Indonesia
Pangkalan dan Kem di Selatan Thailand dan Semenanjung Malaysia
Sayap Melayu: Rejimen ke-10 PKM
Pemberontakan dan Aktiviti PKM
Operation in West Malaysia Reports
Kesimpulan

5. PASUKAN F DAN OPERASI
Pengenalan
Penstrukturan Semula Pasukan Senoi Praq
VAT 69 Komando
Pasukan Rahsia Cawangan Khas — Pasukan F
Operasi Pasukan F
Operasi Senyap 1971
Operasi Ginseng 1976-1977
Operasi Kelong 1977
Operasi Seng Kang 1977
Operasi Sawit 1978
Operasi Tapah 1978
Operasi Kelah 1981
Operasi Ular 1984
Operasi Kelisa 1986
Operasi Pancing 1987
Operasi Taloong 1988
Operasi-operasi lain
Kesimpulan

6. PERJANJIAN DAMAI HAT YAI
Pengenalan
Faktor yang Membawa kepada Perjanjian Damai
Intipati Perjanjian
Pasca Perjanjian Damai
Kesimpulan

7. PENUTUP

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight0.535 kg
Dimensions22.6 × 14.7 × 2 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

4.0
Based on 1 review
5 star
0%
4 star
100
100%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Lee Yoke Meng (Verified Reader)

    The seller is ultra reliable. Very quick in processing the order n received the book like the veey next day. The book arrived in a water proof bag which is very important during the rainning season like now

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.