Out of stock

Pelacur Imigran Cina di Pulau Pinang

TAN GECK CHOON adalah guru Sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong.

Penerbit USM (Cetakan Pertama, 2013)
141 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM39.00

Out of stock

Pelacur Imigran Cina di Pulau Pinang memfokus kepada sejarah pelacuran wanita imigran Cina di Pulau Pinang pada zaman pemerintahan British di Pulau Pinang. Persoalan mengenai status pelacur imigran Cina daripada persepsi masyarakat Cina Pulau Pinang dan pentadbir kolonial merupakan tema perbincangan dalam buku ini. Hal ini kerana tidak banyak pendedahan yang diperoleh dalam sejarah wanita Cina di Malaysia.

Keistimewaan buku ini ialah ia merupakan satu-satunya penulisan yang menggunakan akhbar-akhbar Cina yang diterbitkan pada zaman kolonial untuk mendalami kehidupan sebenar pelacur wanita imigran Cina supaya dapat memberi gambaran yang jelas dan penilaian yang tepat terhadap persoalan yang dibangkitkan. Gaya penulisan buku ini memperlihatkan kombinasi pensejarahan pelacuran di China dan hubung kaitnya dengan kegiatan pelacuran wanita imigran Cina di Pulau Pinang. Kebangkitan feminisme dan perkembangan pendidikan wanita Cina turut dibincangkan bagi mendedahkan secara lebih jelas mengenai status pelacur wanita imigran Cina di Pulau Pinang.

Pelacuran merupakan isu kontroversi yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat sejak dahulu hingga sekarang. Apabila kita menyentuh tentang profession lama ini biasanya kita akan menganggap isu ini sebagai fenomena sosial yang serius memandangkan aktiviti pelacuran telah mempengaruhi aspek kehidupan masyarakat daripada segi moral, fizikal dan rohani. Kemunculan penyakit AIDS yang tidak boleh dirawat menambahkan lagi kebimbangan dan pandangan negatif masyarakat terhadap aktiviti pelacuran yang telah disahkan sebagai salah satu saluran atau punca kebangkitan penyakit tersebut.

Bagaimanakah pendirian masyarakat dahulu, khususnya masyarakat Cina di Pulau Pinang pada zaman pemerintahan kolonial terhadap isu pelacuran, terutama penglibatan wanita imigran Cina dalam aktiviti tersebut? Adakah pelacur imigran Cina ini diterima oleh masyarakat? Bagaimanakah status mereka dalam masyarakat? Apakah perubahan pada status mereka daripada pandangan masyarakat Cina dan pihak pentadbir kolonial yang memang prihatin terhadap aktiviti pelacuran pada ketika itu? Sejauh manakah persepsi masyarakat Cina dan kerajaan kolonial di Pulau Pinang mempengaruhi status pelacur imigran Cina di Pulau Pinang?

Pelacur Imigran Cina di Pulau Pinang akan mengimbas kembali, meneliti dan meninjau secara mendalam sejarah perubahan status pelacur imigran Cina di Pulau Pinang.

Prakata

BAB 1 — Pengenalan

BAB 2 — Kegiatan Pelacuran di Pulau Pinang

BAB 3 — Kehidupan Pelacur Imigran Cina di Pulau Pinang

BAB 4 — Pandangan Masyarakat Cina di Pulau Pinang terhadap Pelacur Imigran Cina

BAB 5 — Persepsi Kerajaan Kolonial terhadap Status Pelacur Imigran Cina di Pulau Pinang

BAB 6 — Pelacur Imigran Cina Selepas Tahun 1930

Bab 7 — Penutup

Senarai Karakter Cina
Bibliografi
Indeks

Weight0.264 kg
Dimensions24 × 16.5 × 0.9 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Nor Amira Asyiqin Amri (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.