Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia: 1957-2005

FARIDAH JAAFAR adalah pensyarah di Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia. Beliau berkelulusan Ph.D. (Sejarah Malaysia/Politik) 2011, Universiti Malaya. Bidang kepakaran beliau rangkum Malaysia dan hubungan antarabangsa, dasar luar Malaysia, komparatif dasar luar, personaliti dan pemikiran politik.

UM Press (Cetakan Pertama 2007)
250 halaman

RM35.00

Only 1 left in stock

Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia: 1957-2005 menganalisis peranan Perdana Menteri dalam penggubalan dasar luar Malaysia dari tahun 1957 hingga 2005 di samping menilai pengaruh kepribadian mereka ke atas dasar luar Malaysia. Pemikiran politik lahir daripada seorang pemikir, dan pemikirannya itu merupakan manifestasi fenomena yang ditemui dalam masyarakat. Ia adalah fungsi adaptasi dan sosialisasi daripada seseorang di dalam kehidupan bermasyarakat. Menurut Walter Lippman, “to talk about politics without reference to human beings… is just the deepest error in our political thinking.” Begitu juga halnya dengan pemikiran dasar luar.

Pada peringkat antarabangsa, nama-nama seperti Soekarno, Saddam Hussein, Adolf Hitler dan Jawaharlal Nehru di antara beberapa individu dengan keperibadian mereka tersendiri memberikan dampak besar terhadap dasar luar negara masing-masing. Dasar luar yang disusun secara paling baik dan diaplikasikan dengan cara paling mahir dengan memanfaatkan sumber daya material dan manusia yang mencukupi, tidak akan memberi apa-apa pengertian sekiranya negara itu tidak mempunyai pemimpin atau peribadi yang berkesan dalam mengorganisasikan dasar luarnya.

Dalam menganalisis dasar luar Malaysia, peranan peribadi begitu dominan dalam proses membuat keputusan. Hal ini terbukti bila para penganalisis dasar luar Malaysia sering secara literal mengklasifikasikan dekad dasar luar Malaysia bersandarkan penguasaan dan pengawalan Perdana Menteri Malaysia ke atas dasar luar, seperti fasa Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sejak kemerdekaan, kesemua Perdana Menteri ini menunjukkan penguasaan, pemantauan, kepimpinan dan inisiatif yang begitu ketara dalam dasar luar Malaysia. Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Tun Dr. Mahathir dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi marupakan contoh paling tepat bagi mengukuhkan pernyataan ini. Era Tun Hussein Onn walaupun agak singkat namun pengaruhnya tetap ada. Lima fasa pemerintahan di bawah lima Perdana Menteri membe” gambaran tersendiri dalam keupayaan tokoh-tokoh tersebut merangka dasar luar Malaysia. Malahan menampilkan keperibadian pemimpin melalui dasar luar yang telah digagaskan.

Pada zaman Tunku Abdul Rahman dari tahun 1957-1970, dasar luar Malaysia berada di tahap pengasasan dan pengembangan. Dasar pro-Barat dan antikomunis menjadi pilihan Tunku. Pendekatan ini bersumberkan pengaruh keperibadian Tunku yang begitu pro-Barat dan anti-komunis, selain situasi dan kondisi politik domestik yang kurang stabil ketika itu.

Era pemerintahan Perdana Menteri Kedua Malaysia 1970-1976 memperlihatkan keupayaan mendalam Tun Abdul Razak mengendalikan hubungan luar Malaysia mengikut arus perubahan. Tokoh ini telah merintis usaha ke arah peneutralan dasar luar Malaysia dengan menjalinkan hubungan diplomatik dengan hampir semua negara tanpa mengira ideologi. Tun Abdul Razak juga telah mengadakan penyelarasan dalam aspek politik, ekonomi, dan dasar pertahanan bagi memenuhi tuntutan strategik negara.

Pengganti Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, yang memimpin dari tahun 1976-1981, tidak menunjukkan sebarang perubahan drastik dalam dasar luar Malaysia. Hal ini bersesuaian dengan keperibadian beliau yang tidak mempunyai ciri-ciri yang radikal. Beliau lebih banyak mengekalkan dan meneruskan dasar yang telah diasaskan oleh pemimpin sebelumnya. Apa yang dapat disimpulkan, dasar luar Malaysia dari tahun 1976-1981 telah menunjukkan era pengukuhan. Dasar luar Malaysia dalam fasa ini juga bersifat tidak memihak. Hal ini bertepatan dengan lingkungan global ketika itu yang sedang bergerak ke arah pengenduran hubungan tegang di antara negara-negara yang sedang berkonflik.

Dalam periode kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dari 1981-2003, dasar luar Malaysia bersalutan isu-isu yang menimbulkan kontroversi dan mengundang perdebatan hangat. Persoalan mengenai kebangkitan Islam, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Komanwel, krisis ekonomi serta jurang penguasaan negara maju dengan negara sedang membangun yang ketara menjadi tumpuan dasar luar Malaysia. Mahathir mempelopori beberapa perubahan drastik dalam pelaksanaan dasar luar. Periode dasar luar Malaysia ketika ini tidak sekadar refleksi daripada situasi dan kondisi antarabangsa, tetapi juga menggambarkan pendekatan proaktif tokoh terlibat dalam menangani isu-isu semasa khususnya yang berkaitan dengan kepentingan Negara Dunia Ketiga dan Negara-negara Islam.

Dasar luar Malaysia periode Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dari tahun 2003-2005 disifatkan telah melalui proses evolusi yang dinamik. Perdana Menteri Kelima ini meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya di samping memperhalus dan mengkonsolidasikan dasar luar sedia ada. Walaupun dasar luar yang diamalkan masih sama namun metode yang digunakan bagi menyampaikan aspirasi nasional negara di arem antarabangsa agak berbeza bersesuaian dengan keperibadian Dato’ Seri Abdullah yang agak sederhana. Walaupun baru beberapa tahun memegang teraju utama pemerintahan negara, tetapi Dato’ Seri Abdullah dalam menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu dasat luar telah mempamerkan kematangan, ketelusan dan sikap yang pragmatik.

Jelas betapa besarnya pengaruh peribadi dalam melakar mencorak dan sekaligus mewarnai dasar luar Malaysia. Selain daripada Perdana Menteri yang memimpin, peranan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Luar yang diklasifikasikan sebagai elit dalaman (inner circle), menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Parlimen dan pegawai pegawai atasan kementerian luar negeri yang merupakan elit luaran juga banyak memberikan kesan ke atas keputusan dasar luar Malaysia.

Menurut J. Saravanamuttu ada empat faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia. Faktor pertama, “eco-historical” atau persejarahan. Faktor kedua, faktor luaran. Faktor ketiga, faktor domestik. Faktor terakhir, idiosinkratik atau faktor individu yang berkait erat dengan persepsi, imej, dan watak pembuat keputusan dasar luar sesebuah negara.

Di dalam buku Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia: 1957-2005, penulis memberi fokus terhadap faktor idiosinkratik iaitu hubungan peribadi politik dalam dasar luar Malaysia dari tahun 1957 sehingga 2005 dan peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri dalam hubungan antarabangsa Malaysia. Tujuan penulisan Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia: 1957-2005 ialah: (1) Untuk mengetahui hubungan keperibadian politik dan dasar luar Malaysia dari tahun 1957-2005. (2) Untuk mengetahui peranan Perdana Menteri dalam proses penggubalan dasar luar Malaysia. (3) Untuk memahami kesan peribadi Perdana Menteri ke atas dasar luar Malaysia dari tahun 1957-2005.

Apa yang penulis harapkan hasil penulisan Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia: 1957-2005 dapat mengisi kekosongan dan mencari perspektif baru mengenai keperibadian politik Perdana Menteri dan pengaruhnya ke atas dasar luar Malaysia dari tahun 1957-2005. Untuk itu, penulis telah menganalisis lima fasa pemerintahan Perdana Menteri Malaysia bermula dari Perdana Menteri Pertama iaitu T unku Abdul Rahman hingga periode Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Penulis turut mengevaluasi kekuatan dan kelemahan dasar luar Malaysia yang merupakan kesan daripada pengaruh peribadi lima Perdana Menteri terbabit.

Ini menjadi tema utama dalam upaya penulis menganalisis tajuk Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia: 1957-2005. Bagi mewakili semua fakta dan argumen, penulis membahagikan buku Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia: 1957-2005 kepada tujuh bab sebagaimana berikut; pendahuluan yang terkandung latar belakang masalah, tujuan buku, ulasan ringkas setiap bab, senarai rajah, kata penghantar dan penghargaan.

Bab satu merupakan resensi hasil penulisan yang terkandung pengertian keperibadian politik, peranan dan kesan peribadi dalam hubungan antarabangsa dan dasar luar Malaysia secara umum.

Bab kedua membicarakan peribadi politik dan dasar luar Malaysia dari tahun 1957-1970, iaitu dasar luar Malaysia di zaman Tunku Abdul Rahman dari zaman pengasasan sehinggalah ke zaman pengembangan.

Bab ketiga membicarakan dasar luar Malaysia era Tun Abdul Razak dan reformasi dasar luar dari tahun 1970-1976.

Bab keempat era Tun Hussein Onn dan pengukuhan dasar luar Malaysia dari tahun 1976-1981.

Bab kelima mengenai periode Tun Dr. Mahathir hala baru dasar luar Malaysia dari tahun 1981-2003.

Bab keenam mengenai periode Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kesinambungan dasar luar Malaysia dari tahun 2003-2005.

Bab ketujuh merupakan penutup buku. Penulis membuat kesimpulan mengenai pengaruh peribadi dalam dasar luar Malaysia dan peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri dalam proses penggubalan dasar luar Malaysia dari tahun 1957-2005.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.395 kg
Dimensions 15.1 × 1.3 × 22.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789831004333

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia: 1957-2005”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.