Out of stock

Perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Borneo Utara dan Kesannya ke atas Penduduk Peribumi Islam

AFIQ NAZRIN NOR RIZLAN merupakan graduan lulusan Sarjana Falsafah daripada Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tumpuan kajian beliau adalah berkaitan Sejarah dari Bawah dan Pergerakan Sosial.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2019)
176 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

Out of stock

Secara ringkasnya, idea utama Perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Borneo Utara dan Kesannya ke atas Penduduk Peribumi Islam adalah gerakan nasionalisme Melayu di Borneo Utara yang dicetuskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Borneo Utara (PKMBU) pada tahun 1946 telah diteruskan melalui pertubuhan sosial yang baharu selepas pembubaran PKMBU pada tahun 1951. Kemunculan pelbagai pergerakan sama ada jalur ‘kiri’ atau ‘kanan’ di rantau ini menunjukkan kedinamikan terhadap kesedaran politik dan sosial masyarakat peribumi.

Oleh itu, buku ini memberi tumpuan khusus kepada aspek perkembangan dan kesan pergerakan sosial kepada penduduk peribumi Islam Borneo Utara. Hal ini diharapkan dapat memahami budaya berpolitik dan bermasyarakat dalam kelompok masyarakat di Borneo Utara dengan mengambilkira ukuran dan nilai dengan pergerakan rakyat di wilayah-wilayah yang lain.

Pergerakan sosial di Asia Tenggara selepas Perang Dunia Kedua adalah satu usaha yang digerakkan oleh penduduk peribumi di tanah jajahan bagi menentang penjajahan Barat dan bagi mengubah keadaan kelompok masyarakat dalam suasana tersebut. Jika dilihat, situasi pada Perang Dunia Kedua banyak menentukan landskap politik khususnya yang berkaitan dengan kesedaran dan perjuangan nasionalisme penduduk tempatan dalam menentang penjajahan Barat. Kemenangan Jepun ke atas British pada Perang Dunia Kedua dengan membawa slogan “Asia untuk Orang Asia” merupakan salah satu titik penting dalam memangkin kesedaran bahawa negara-negara Asia yang dianggap kecil juga boleh melawan penjajah Barat yang dianggap begitu kuat pada ketika itu.

Justeru itu, kebangkitan nasionalisme dan pergerakan anti-penjajahan di Asia Tenggara selepas Perang Dunia Kedua mula mencetuskan pelbagai pergerakan dalam lapisan masyarakat setelah timbulnya kesedaran dan kepedulian terhadap politik pergerakan. Pada masa yang sama, desakan ke atas keperluan ekonomi serta pengaruh dan kesedaran nasionalisme dari Indonesia, Tanah Melayu dan Brunei turut membawa kepada satu idea tentang nasionalisme kebangsaan di dalam pergerakan sosial dan pergerakan anti-kolonial dalam kalangan penduduk peribumi Islam khususnya di wilayah Borneo Utara.

Penulis menggunakan istilah Borneo Utara bagi merujuk kepada negeri Sabah (nama Sabah digunakan selepas pembentukan Malaysia pada 1963). Memandangkan nama Borneo Utara digunakan sebelum 1963, maka penulis menggunakan istilah yang sama di dalam buku ini. Bagi penulis, tujuan utama bagi menulis tentang sejarah pergerakan rakyat di Borneo Utara kerana ia dapat mencerminkan sikap penduduk peribumi Borneo Utara terhadap budaya politik dan berorganisasi hingga tempoh kemerdekaan. Oleh itu, Perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Borneo Utara dan Kesannya ke atas Penduduk Peribumi Islam cuba mengisi keperluan tentang pergerakan penduduk peribumi Islam Borneo Utara melalui Parti Kebangsaan Melayu Borneo Utara (PKMBU).

Weight0.267 kg
Dimensions22.7 × 15.1 × 0.9 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.