Rahsia Kekayaan Melayu: Kitāb Keledar dan Ikhtiyār Pada Mencari dan Mengawal Kekayaan

‘ABD AL-RAḤMĀN JAMĀL AL-DĪN AL-JEMPŪLĪ merupakan guru agama di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Singapura. Beliau juga bergiat aktif di dalam politik dan pernah menjawat jawatan Naib Yang Dipertua Agung Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) pada 1951-1953 dan bekas ahli UMNO yang menyertai Independence of Malaya Party (IMP).

Akademi Jawi Malaysia (Cetakan Kedua, 2020)
86 halaman termasuk Indeks

RM25.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 5 points worth of RM0.50!
ISBN: 9789671698471 Product ID: 26610 SKU: 9789671698471 Categories: , Tags: ,

Rahsia Kekayaan Melayu: Kitāb Keledar dan Ikhtiyār Pada Mencari dan Mengawal Kekayaan membahathkan jalan pencarian harta yang baik (kasb) dengan keutamaan kepada berniaga (tijārah) yang boleh mendatangkan kekayaan. Pengarang menjelaskan aturan perniagaan berdasarkan lima ḥukum waḍ’ī (yang pengarang iṣṭilāḥkan sebagai lima ḥukum taklīfī), iaitu sebab perniagaan dijalankan, sharat-sharatnya, larangannya (māni’), ṣahnya, dan fāsidnya ya’nī baṭalnya perniagaan apabila dilanggar sharaṭ-sharaṭnya. Nama lain yang diguna pengarang pada bahagian fihrisat kitāb ialah Kitāb Iqtiṣād Melayu, justeru amatlah sesuai menjadi panduan kepada orang Islām ‘āmnya dan Melayu khususnya terhadap kemajuan dalam mencari rezeki, berniaga dan pelaksanaan adab-adabnya menurut Islām.

Pengarang Rahsia Kekayaan Melayu banyak memetik ayat al-Qurʼān, ḥadīth dan kalām ‘ulamā’ bagi memperjelaskan pandangannya. Pasukan penyunting telah membuat semakan kepada āyat-āyat yang dipetik dengan merujū’ kepada kitāb-kitāb yang berkenaan. Terdapat beberapa āyat yang tidak dapat disandarkan sebagai ḥadīth manakala beberapa ḥadīth-ḥadīth yang lain telah penyunting rujū’ dan penyunting nyatakan sebagai ḥadīth ṣaḥīḥ, marfū’ atau mursal. Ma’lūmāt ini diletakkan pada pada nota kaki untuk ma’luman lanjut para pembaca. Penyunting berbesar hati sekiranya terdapat pihak yang berkelayakan mahu menjalankan kajian lanjut terhadap petikan āyat ini mahupun kajian lanjut kepada Rahsia Kekayaan Melayu secara keseluruhannya.

Pada bahagian akḥīr kitāb, pengarang melampirkan bacaan berupa dhikir, tahlīl dan do’a yang dipetik daripada dhikir ṭarīqat Ahmadiyyah Idrīsiyyah. Lampiran ini adalah kunci kepada Rahsia Kekayaan Melayu kerana pengarang sendiri menyarankan agar bacaan āyat-āyat ini dijadikan ‘amalan pada malam hari bagi ‘menghiburkan kepenatan berniaga‘ dan ‘melayankan hati yang berangan-angan kepada wang ringgit‘ pada siangnya. ‘Amalan ini dapat memberikan ketenangan dan kesegaran kepada fikiran dan merehatkan diri daripada kegiatan yang memesongkan pada sebelah malam, justeru dapat menyuntik semangat kepada para saudagar untuk berusaha dengan lebih quwwat pada keesokan harinya.

Adapun Rahsia Kekayaan Melayu ini hanyalah salah satu permata daripada khazanah ‘ilmu iqtiṣād dan mu’āmalāt ilmuwan Islām. Rencana yang disusun pengarang sudah pastinya menuturi keadaan semasa zamānnya terutama dalam ḥāl peng’amalan ekonomi masharakat Melayu pada sekitar 1950-an agar selari menurut prinsip-prinsip dan nilai-nilai maḥmūdah dalam ekonomi dan perniagaan Islām serta berdaya ekonomi yang mandiri.

Panduan Perūmīan & Tanda Baca
Pengantar Penerbitan Siri Persūratan Jāwī
Pengantar Tun Daim Zainuddin
Catatan Penyunting
Naskhah Ruju’kan

RAHSIA KEKAYAAN MELAYU

Fihrisat Kitāb Iqtiṣād Melayu
Mencari Raḥmat Tuhan
Keledar dan Ikhtiyār Yang Lebih Indah
Bagaimana Mencari Harta Yang Lebih Molek
Perniagaan Lebih-lebih Utama
Bagaimana Mengatur Perniagaan
Sebab-Sebab Wājib Berniaga
Sharaṭ-sharaṭ Berniaga
Māni’ Atau Musuh Kekayaan
Tajrībah Ahli-Ahli Ṣūfī
Baja-Baja Kekayaan
Racun Perniagaan
— Asal Kesalahan
— Huraian Ḥadīth Yang Sebenar
— Cerita Seorang Nabi
Jangan Putus Harapan
Rahsia Kekayaan di dalam Pujaan Bātin
Sharaṭ Ṣaḥ Perniagaan
Ḥadīth-Ḥadīth Peninting Ḥadīth yang Dihuraikan
Fāsid Perniagaan
Khātimat Al-Kitāb

فاتحة الأوراد
التهليل المخصوص
الصلاة العظيمية
الاستغفار الکبير

Glosari
لمڤيران کتاب رهسيا ککياءن ملايو

Daftar Ruju’kan
Indeks

Terbitan Akademi Jawi Malaysia
Penggerak Utama Akademi Jawi Malaysia

Weight 0.183 kg
Dimensions 21.5 × 13.8 × 0.8 cm
Author(s)

Edition

Language

Script

Jawi, Roman

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Rahsia Kekayaan Melayu: Kitāb Keledar dan Ikhtiyār Pada Mencari dan Mengawal Kekayaan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *