Out of stock

Republik

PLATO was a philosopher in Classical Greece and the founder of the Academy in Athens, the first institution of higher learning in the Western world. He is widely considered the pivotal figure in the development of Western philosophy. Along with his teacher, Socrates, and his most famous student, Aristotle, Plato laid the foundations of Western philosophy and science. Alfred North Whitehead once noted: “the safest general characterization of the European philosophical tradition is that it consists of a series of footnotes to Plato.” In addition to being a foundational figure for Western science, philosophy, and mathematics, Plato has also often been cited as one of the founders of Western religion and spirituality.

Terjemahan oleh Khairul Anam Che Mentri

IBDE (Cetakan Pertama, 2018)
396 halaman

RM40.00

Out of stock

Republik merupakan terjemahan daripada The Republic (Greek: Πολιτεία, Politeia; Latin: Res Publica) karya Plato oleh Khairul Anam Che Mentri. Republik adalah himpunan dialog Plato, yang ditulis oleh Plato sekitar tahun 380 Sebelum Masihi. Republik menyentuh perihal keadilan, susun atur dan perincian sesebuah pemerintahan dan juga konsep manusia adil. Karya ini merupakan salah sebuah tulisan paling berpengaruh dalam dunia falsafah dan politik.

Dialog Plato tidak menyampaikan sebuah ajaran. Sebaliknya ia menyediakan jalan untuk berfalsafah. Ia bertujuan untuk menjalankan tugas sebagai seorang guru yang hidup yang membuatkan muridnya berfikir, dan tahu murid mana yang harus diberi bimbingan lanjut dan murid mana yang harus dijauhkan daripada segala misteri, dan yang membuatkan muridnya mengguna daya dan keluhuran yang sama dalam mengkaji kata-katanya sebagaimana yang mereka perlu guna dalam mengkaji alam secara bersendirian. Maka kita hendaklah berfalsafah untuk memahaminya. Memang ada ajaran Plato, tetapi ia tidak akan ditemui dalam mana-mana perbualan sebagaimana pemikiran Shakespeare tidak akan ditemui dalam ucapan sesuatu watak dalam lakonnya. Pemikiran tersebut tidak terkandung dalam mana-mana bahagian, namun begitu tetap jua ada dalam seluruh dialognya. Dan proses untuk mencapainya lebih sulit daripada proses yang terlibat dalam membaca sebuah makalah. Kita mesti melihat pada alam kecil sandiwara tersebut sebagaimana kita melihat pada alam dunia sebenar yang ia gambarkan. Setiap perincian alam itu adalah akibat daripada pelbagai sebab tersembunyi yang dapat ditangkap oleh fikiran namun hanya dapat digali dengan mengguna seluruh pancaindera juga. Semua sebab itu benar-benar diketahui hanya jika didatangi dengan kesedaran penuh tentang dunia yang terhasil daripadanya.Jikalau tidak kita tidak tahu apa yang hendak dicari dan tidak pula kita tahu kuasa sebenar semua sebab tadi. Sebuah ajaran yang hanya memberi prinsip sahaja kekal bersifat mujarad dan tidak lebih daripada dogma belaka. Kerana murid itu sendiri tidak tahu apakah yang prinsip tersebut cuba terangkan dan tidak pula dia benar-benar tahu tentang dunia itu untuk berasa pasti bahawa semua penjelasan tersebut lengkap dan menyeluruh. Kesedaran yang kaya tentang segala gejala inilah yang menjadi tuntutan seluruh dialog, dan ia sendiri menyediakan latihan untuk mencapainya.

Dunia manusia digambarkan dengan perbezaan antara kata dan perbuatan. Dan kita semua mengakui bahawa untuk memahami seorang manusia atau apa yang diucapnya kedua-dua sisi ini harus diambilkira. Sepertimana tindakan seorang manusia tidak dapat ditafsir tanpa mendengar apa yang dia sendiri ucap tentangnya, maka begitu jugalah tiada ucapan yang dapat diterima hanya pada makna zahirnya sahaja tanpa membandingnya dengan tindakan pengucapnya. Kefahaman tentang seorang manusia dan ucapannya adalah hasil daripada gabungan kedua-dua perspektif tadi. Muka Thrasymachus naik merah adalah sama penting dengan hujahnya. Seorang murid yang berupaya mencantum sendiri sifat pemidato tersebut berdasarkan gambaran dirinya dalam Republik sudah memahami sifatnya dengan pasti berasaskan tanggapan pada sesuatu yang bersifat sejagat menerusi sesuatu yang bersifat khusus. Ini merupakan pengertian mendalam yang dicapainya sendiri, dan dia mengetahuinya dengan cara yang lebih tulen dan pasti berbanding orang lain yang cuma diberi sebuah takrifan. Ini menggabungkan sifat konkrit l’esprit de finesse dengan ilmu l’esprit de géometri. Dari satu sisi, ia menghindari kita daripada terperangkap dalam kefahaman pada perkara yang khusus belaka dan, dari sisi lain pula, ia menghindari kita daripada terperangkap dalam perkara bersifat mujarad semata-mata. Penyair dan ilmuwan menjadi satu, kerana bakat kedua-duanya adalah mustahak dalam mencapai satu-satunya matlamat-iaitu, kebenaran.

Dialog Plato adalah gambaran tentang dunia. Sementara dialog itu sendiri pula adalah sebuah alam. Untuk menafsirnya, ia hendaklah didekati sebagaimana kita mendekati dunia, dengan segala daya kekuatan yang ada pada diri kita. Satu-satunya perbezaan antara dialog dan dunia adalah bahawa dialog tersebut disusun dengan begitu teliti sekali hinggakan setiap bahagiannya berkait erat dengan bahagian yang lain. Tiada kebetulan yang tidak bermakna. Plato menyalin dunia zat sepertimana dia melihatnya. Setiap perkataan punya tempat dan maknanya. Maka jika kita tidak dapat menjelaskan sesuatu perincian dengan pasti, maka kita tahu bahawa kefahaman kita tidak sempurna.]ika sesuatu tampak membosankan atau perlu dianggap sebagai sebuah kaedah semata-mata, maka itu bermakna si penafsir sudah mengalah dan tergolong bersama orang yang Plato ingin singkirkan daripada pusat pemikirannya. Selalunya apa yang nampak pada mata kita sebagai hambar atau mengarut itulah yang menunjukkan bahawa kita tidak terbuka pada salah satu misteri yang tersembunyi dalamnya. Kerana perasaan sedemikian rupa itu adalah mekanisme pelindung yang mencegah kerangka berfikir kita daripada digugat.

Dialog digubah dengan cara yang amat teliti dan bijaksana sekaliIa dipenuhi dengan sandiwara, baik dalam apa yang nampak sebagai jawaban yang sangat biasa mahupun dalam huraian yang panjang lebar tentang sesuatu teori. Dalam perbincangan tentang garis pemisah, misalnya, contoh yang dipilih sesuai dengan sifat teman bicara Socrates. Justeru untuk melihat keseluruhan masalah tersebut, pembaca hendaklah merenung bukan sahaja perbezaan antara jenis pengetahuan dan keberadaan tetapi juga kesan khususnya pada Glaucon dan apa yang Socrates mungkin ucap pada seorang lagi teman bicara. Kita tidak sesekali dibenarkan untuk duduk dan menerima bulat-bulat kata-kata hikmah dari mulut sang guru. Dan ini bermaksud bahawa terjemahan hendaklah menggambarkan, setakat yang terdaya manusia lakukan, segala nuansa teks asal — segala sumpah, ulangan kata, perubahan kecil dalam bentuk jawaban, dsbg. — agar pembaca dapat melihat perjalanan dan perkembangan drama tersebut dengan segala kecerdasan dan ketajaman yang ada pada dirinya, dan kelak dapat dia gembleng dan guna dalam apa jua keadaan sebenar yang menyangkut kehidupannya. Penterjemah tidak boleh berharap untuk memahami segala isinya, tetapi dia hendaklah jangan mencemburui pembacanya yang memiliki daya akhlak dan akal yang lebih tinggi untuk mencapai pengertian mereka sendiri. Atas nama kewajiban inilah maka kami sanggup mengambil risiko mengekalkan banyak perkara remeh yang kadangkala tidak masuk akal demi memelihara segala perincian yang tidak menyenangkan hingga terpaksa mengorbankan pesona kejelasan dan kelancaran yang menjadi gaya penulisan zaman mutakhir.

Penterjemah asal (—–) menggunakan teks Republik edisi Oxford yang disunting oleh John Burnet. Beliau menjelaskan bahawa, jarang-jarang sekali beliau menyimpang daripada teks ini kecuali pada beberapa tempat penting yang beliau jelaskan mengenainya dalam catatan. Edisi terjemahan terdahulu yang sentiasa ada di tangan penterjemah sudah tentu adalah ulasan James Adam yang sangat bernilai itu (New York: Cambridge University Press, 1963). Versi terjemahanjerman lama karya Schleiermacher adalah terjemahan terbaik yang pernah penterjemah temui. Sungguhpun teks asalnya kurang bagus daripada teks yang ada di tangan kami, namun dia nampaknya dapat menangkap dengan amat baik sekali sifat dan makna dialog Plato. Karya terjemahan Perancis oleh Robin juga cukup teliti. Terjemahan Inggeris terbaik adalah karya Paul Shorey (Loeb) dan A.D. Lindsay (Everyman’s). Yang kedua ini barangkali lebih berguna kerana ia sebuah karya yang sangat rendah hati dan jujur.

Catatan yang mengiringi terjemahan ini tidak dimaksud sebagai tafsiran tetapi sekadar untuk memberi maklumat penting yang besar kemungkinan pembaca tidak ketahui, menerang segala kesukaran dalam penterjemahan, memberi makna bagi beberapa istilah penting, dan paling penting sekali, memberi sumber yang diketahui bagi semua petikan daripada pengarang lain dan perubahan yang Plato lakukan padanya. Dialog ini sangat kaya dalam hubungannya dengan beberapa karya Plato yang lain dan seluruh persuratan klasik hinggakan mustahil untuk memberi senarai hatta karya yang paling penting sekalipun. Tambahan pula lagi, menjadi tugas pembaca untuk menemui sendiri semua hubungan ini, bukan hanya kerana usaha itu baik untuk dirinya tetapi juga kerana penyunting mungkin tersalah dalam mengenal pasti hubungan itu. Teks ini merupakan terjemahan setepat mungkin yang terdaya dibuat pada karya Plato, untuk dihadap sendiri oleh pembaca.

Weight0.540 kg
Dimensions22.5 × 15 × 3 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.