Out of stock

Seni Silat Melayu: Sejarah Perkembangan dan Budaya

ABD. RAHMAN ISMAIL merupakan salah seorang penggiat seni Silat Melayu yang aktif. Beliau bertugas sebagai guru dan merupakan bekas pesilat kebangsaan. Beliau telah mewakili Malaysia dalam acara seni silat di Sukan SEA, Jakarta, 1979, Festival Silat 3 Negara Asia di Singapura pada tahun 1980 dan Kejuaraan Silat Olahraga Sedunia di Vienna, Austria pada tahun 1986.

DBP (Cetakan Kedua, 2009)
188 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM48.00

Out of stock

Seni Silat Melayu: Sejarah Perkembangan dan Budaya memaparkan satu kajian perbandingan berkaitan dengan seni silat zaman tradisi dengan zaman moden. Antara perkara yang dibandingkan termasuklah fungsi, kedudukan dan ciri-ciri seni silat tersebut. Penulis mengambil sampel daripada lapan buah teks Melayu klasik, iaitu Hikayat Raja-Raja Pasai, Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Patani, Tuhfat al-Nafis, Syair Siti Zubaidah Perang Cina, Tjindur Mata dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda sebagai latar pada zaman tradisi manakala zaman moden berdasarkan amalan dan kegiatan seni silat semasa. Penulis turut menggunakan teori berkaitan dengan tingkah laku orang Melayu melalui tokoh-tokoh budayawan seperti Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hj. Mohd. Taib Osman.

Melalui pengalaman penulis, banyak persoalan yang dikemukakan kepada penulis seperti adakah muzik silat merupakan salah satu unsur dalam latihan dan perlawanan silat, adakah gerak seni atau tari silat berfungsi sebagai teknik bela diri, mampukah ilmu silat berhadapan dengan senjata moden dan bertanding dengan seni bela diri lain, sesuaikah seni silat diamalkan pada zaman moden ini dan adakah ilmu kebatinan benar-benar berkesan?

Silat merupakan ilmu peperangan yang diamalkan oleh orang Melayu sejak dari zaman dahulu lagi. Ilmu ini dipelihara dan diturunkan kepada generasi muda oleh guru-guru silat yang menurut kajian folklore dikenali sebagai pembawa tradisi yang aktif (active carriers of tradition). Dalam teks-teks Melayu klasik, terdapat catatan berkaitan dengan peperangan dan gambaran aksi peperangan yang diceritakan dengan terperinci. Gambaran teknik peperangan atau perlawanan antara wira Melayu tu merupakan gambaran tentang Silat Melayu yang berusia lebih 2000 tahun. Contohnya, gambaran pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam Hikayat Hang Tuah yang digambarkan dengan begitu terperinci.

Seni Silat Melayu masih wujud dan diamalkan oleh pewaris-pewaris ilmu tersebut serta mula berkembang pada peringkat antarabangsa. Guru-guru silat dari Indonesia berjaya mengembangkan seni silat hingga ke Eropah serta mewujudkan satu organisasi yang menguruskan aktiviti dan perkembangan ilmu persilatan yang dikenali sebagai Persekutuan Silat Antarabangsa atau PERSILAT. Perkembangan yang pesat ini menyebabkan pakar silat berusaha menyusun sukatan pelajaran dan mendokumentasikan sejarah perkembangan Silat Melayu agar ciri-ciri sebenarnya dapat dikenai pasti.

Walaupun begitu, disebabkan ketiadaan bukti bertulis, pendokumentasian sejarah silat serta ciri-cirinya mengundang banyak andaian yang menimbulkan pelbagai kontroversi antara pakar silat. Contohnya, guru-guru silat tidak sependapat tentang peranan “bunga silat”, “muzik silat” dan pertentangan pendapat berkenaan dengan bunga silat yang menganggapnya sekadar hiburan dan bukan ilmu bela diri. Masalah seperti ini boleh merosakkan keaslian silat dan menyekat perkembangannya.

Pada dekad ini, Silat Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa dan ini dapat diliha melalui kejuaraan Silat Sedunia yang diadakan setiap dua tahun sekali. Pada peringkat Asia Teng, gara, acara silat dipertandingkan sebagai salah satu acara pada Sukan SEA. Usaha sedang dilaku kan untuk memperkenalkan pertandingan silat pada Sukan Asia dan Sukan Olimpik. Sementara itu, negara-negara Eropah seperti Austria, Belanda, Belgium, Switzerland, England dan Perancis sering mengadakan Kejuaraan Silat Terbuka setiap tahun. Silat Melayu turut menjadi bahan kajian bangsa Eropah dan tidak mustahil suatu masa nanti, Silat Melayu dijadikan salah satu mata pelajaran untuk kajian universiti di Eropah.

Pada masa dahulu, para orientalis Barat seperti R.O. Winstedt datang ke Tanah Melayu dan membeli buku Sejarah Melayu serta Hikayat Hang Tuah dengan harga yang murah. Para orientalis menelaah dan mengkaji buku-buku tersebut untuk mengetahui kelemahan dan kekuatan bangsa Melayu. Dengan pengetahuan tersebut, mereka menyusun strategi untuk menguasai Tanah Melayu. Mereka juga sanggup belajar tulisan Jawi semata-mata untuk mengkaji kandungan buku-buku ter sebut. Setelah mengetahui rahsia pandangan hidup (worldview) bangsa Melayu, mereka mendakw bahawa buku-buku tersebut mempunyai unsur dongeng dan tidak boleh dipercayai. Akhirnya mt reka dapat menjajah Tanah Melayu dengan mudah. Pengkajian Seni Silat Melayu amat penting bagi mengelak sejarah lama berulang. Pengiktirafan silat oleh golongan akademik dapat membanil perkembangan pesat silat serta dipandang tinggi oleh para sarjana luar.

Weight 0.415 kg
Dimensions 24.1 × 19 × 1.1 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Seni Silat Melayu: Sejarah Perkembangan dan Budaya”

Your email address will not be published. Required fields are marked *