Seorang Tua di Kaki Gunung telah mendapat tempat kedua dalam sayembara Hadiah Novel GAPENA-Yayasan Sabah II (1981), memaparkan persoalan jurang generasi. Melalui watak Tukya, pengarang cuba memperlihatkan sikap golongan tua yang tetap keras dalam usahanya mempertahankan pendiriannya terhadap corak kehidupan tradisi, yang amat rapat dengan alam semula jadi di kaki Gunung Bongsu, dan penuh pantang larang dalam membuat sesuatu kerja kerana dia menganggap kerja itu sangat mulia dan patut dihormati. Kekuatan utama novel ini terserlah pada aspek perwatakan dan latarnya. Pengarang telah memperlihatkan usaha yang sungguh-sungguh dalam melukiskan gambaran alam hutan untuk menimbulkan perhubungan erat dan selari antara Tukya dengan kehidupan tradisi yang dianggap murni. Tukya ialah lambang seorang manusia yang gigih dalam usaha yang mempertahankan pendiriannya hingga ke akhir hayat.
Seorang Tua di Kaki Gunung
AZIZI HAJI ABDULLAH merupakan penerima anugerah Anugerah Penulis S.E.A. 1988.
DBP (Cetakan Kelima, 2018)
204 halaman
RM20.00
Out of stock
Weight | 0.209 kg |
---|---|
Dimensions | 19.9 × 13 × 1 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
More from this Author
- Out of stock
Reviews
There are no reviews yet