Out of stock

Tanah Simpanan Melayu: Suatu Legasi Bangsa yang Dipusakai

MOHD. HASROL HAFFIZ ALIASAK adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan Hartanah, Fakulti Seni Bina, Perancangan, dan Ukur, Universiti Teknologi MARA.

MOHD FARID SA’AD adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan Hartanah, Fakulti Seni Bina, Perancangan, dan Ukur, Universiti Teknologi MARA.

Penerbit UPSI (Cetakan Pertama, 2017)
140 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

Out of stock

Tanah Simpanan Melayu: Suatu Legasi Bangsa yang Dipusakai menghuraikan gambaran mengenai kewujudan suatu peruntukan khusus berhubung dengan bentuk pemilikan tanah bagi masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia. Bermula dengan sistem pemilikan tanah tradisional yang telah wujud sebelum kedatangan kuasa-kuasa imperialis Barat ke Alam Melayu yang antaranya ialah Sistem Pemilikan Adat Perpatih yang digunakan di Melaka dan Negeri Sembilan. Sistem pemiikan adat Melayu pertama kalinya diperkenalkan oleh Pentadbiran British di Negeri-negeri Selat bermula dengan pengenalan Ordinan Pemilikan Tanah Adat Melaka pada tahun 1886.

Tanah Simpanan Melayu merupakan suatu pemilikan tanah khusus yang pada mulanya diperkenalkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1913 dan seterusnya diperluaskan ke negeri-negeri Melayu yang lain selepas Perjanjian Bangkok ditandatangani antara Britain dan Siam pada tahun 1909. Kewujudan peruntukan Tanah Rizab Melayu bermatlamat untuk melindungi hak dan kepentingan tanah bagi komuniti Melayu yang merupakan penduduk asal di Semenanjung Tanah Melayu. Sejajar dengan perkembangan revolusi perindustrian di Britain pada abad ke-19 serta kekayaan sumber asli di Tanah Melayu telah menarik minat golongan kapitalis Eropah dan China untuk mengeksploitasi sumber yang terdapat di Tanah Melayu melalui pembelian tanah-tanah yang dibuka oleh komuniti tradisional Melayu.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua peringkat masyarakat di Malaysia bagi mengembalikan semula nisbah Tanah Simpanan Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu pada tahun 1957. Namun, masih lagi terdapat pendekatan atau kaedah dalam menangani isu kehilangan dan penyusutan Tanah Simpanan Melayu di mana faktor pasaran terhad menjadi alasan utama dalam membangunkan tanah tersebut. Oleh itu, buku ini turut mengupas dan mengetengahkan kaedah-kaedah terbaik dalam memastikan tanah pusaka tinggalan Melayu ini boleh bersaing dan berdaya maju selaras dengan kehendak dan keperluan pembangunan negara di era milenium.

Sebagai suatu pusaka yang telah diwarisi oleh generasi Melayu sejak turun temurun, ia mestilah menjadi kewajipan kepada setiap individu Melayu untuk mempertahankan pemilikan tanah yang kini menghadapi cabaran global yang tidak lagi berpunca daripada tangan-tangan bukan Melayu tetapi daripada sikap pemilik Tanah Melayu itu sendiri. Bertujuan untuk menghalang sebarang bentuk urus niaga dan sekatan urus niaga yang melibatkan bukan Melayu dan pemilik Melayu, Tanah Simpanan Melayu boleh dianggap sebagai benteng terakhir bagi melindungi hak dan ketuanan Bangsa Melayu di Malaysia. Penguasaan tanah sebagai salah satu daripada tiga keperluan asas manusia dapat menjamin kekuasaan dan dominasi Melayu ke atas aspek-aspek politik, ekonomi dan sosial serta bertindak sebagai pelindung kepada generasi Melayu pada masa akan datang.

Tanah Simpanan Melayu: Suatu Legasi Bangsa yang Dipusakai juga menceritakan sejarah kewujudan undang-undang rizab Melayu, liku-liku yang dilalui oleh pemilik-pemilik Tanah Simpanan Melayu sepanjang tempoh 100 tahun serta kaedah-kaedah bagi meningkatkan nilai dan kepentingan Tanah Simpanan Melayu yang dilihat sebagai aset kekal dan bukannya sebagai komoditi yang boleh diurusniagakan. Dengan demikian adalah diharapkan buku ini dapat menjelaskan kewujudan dan kepentingan Tanah Simpanan Melayu bagi menjamin hak dan milikan tanah masyarakat Melayu di Malaysia untuk selama-lamanya.

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Prakata
Penghargaan

1. PENGENALAN KEPADA PEMILIKAN TANAH
Pendahuluan
Sistem Pentadbiran dan Pemilikan Tanah dalam Alam Melayu
Sejarah Penguasaan Asing di Malaysia
Dasar Pemerintah British ke atas pentadbiran di Tanah Melayu dan Borneo
Sistem Surat ikatan dan Sistem Torrens
Takrif dan Konsep Pemilikan Tanah
Takrifan Tanah Rizab

2. UNDANG-UNDANG AWAL PEMILIKAN TANAH ADAT MELAYU
Tanah Adat Melaka dan Tanah Adat Naning
Kawasan Penempatan Pertanian Melayu Kampong Bharu, Kuala Lumpur
Tanah Adat Negeri Sembilan

3. SEJARAH TANAH SIMPANAN MELAYU
Latar belakang Tanah Rizab Melayu
Potensi pembangunan semasa era penjajahan Inggeris
Inisiatif Penjajah Inggeris untuk melindungi pemilikan tanah orang-orang Melayu
Isu kehilangan dan penyusutan tanah milikan Melayu era penjajahan
Pewartaan undang-undang pertama Rizab Melayu di Tanah Melayu
Tujuan dan Objektif Pewartaan Tanah Simpanan Melayu
Perundangan Tanah Simpanan Melayu di Negerinegeri Tanah Melayu

4. TAKRIF MELAYU
Komuniti Melayu sebagai Anak Watan
Latar belakang Komuniti Asli Melayu
Takrifan Melayu Menurut Perspektif Sosiobudaya
Takrifan Melayu Menurut Perspektif Perundangan

5. TANAH RIZAB MELAYU: PERSPEKTIF PERUNDANGAN
Undang-undang dan Tanah
Jaminan diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan
Jaminan diperuntukkan di dalam Akta Kanun Tanah Negara 1965
Ciri-ciri dan Keistimewaan Tanah Simpanan Melayu

6. CIRI-CIRI SOSIAL, FIZIKAL DAN EKONOMI TANAH SIMPANAN MELAYU
Ciri-ciri Tanah Rizab Melayu
Kepentingan Tanah Rizab Melayu kepada komuniti Melayu di Semenanjung Malaysia
Ciri-ciri Sosial Tanah Rizab Melayu
Ciri-ciri Fizikal Tanah Rizab Melayu
Ciri-ciri Ekonomi Tanah Rizab Melayu

7. CABARAN DAN ISU TANAH RIZAB MELAYU
Pembangunan Tanah
Isu-isu pembangunan Tanah Rizab Melayu
Analisis dan Taburan Semasa Tanah Rizab Melayu
Kedudukan Tanah Rizab Melayu di dalam Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu
Laporan Ketua Audit Negara 2013
Faktor-faktor Penyusutan Tanah Rizab Melayu

8. CADANGAN BAGI MENGATASI ISU-ISU BERKAITAN TANAH RIZAB MELAYU
Cabaran-cabaran Semasa
Syor Laporan Ketua Audit Negara
Pengisytiharan Warta melalui akhbar
Cadangan Penubuhan Lembaga Amanah Tanah Rizab Melayu

9. KESIMPULAN

Bibliografi
Indeks

Weight0.247 kg
Dimensions22.8 × 15.4 × 0.9 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.