Wanita di Malaysia: Perjuangan Menuntut Hak

MAKMOR TUMIN adalah Profesor Madya di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya.

Penerbit UM (Cetakan pertama, 2006)
223 halaman, termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

In stock

Wanita di Malaysia: Perjuangan Menuntut Hak membincangkan peranan dan sumbangan NCWO (atau National Council of Women’s Organisations) dalam mengartikulasikan pelbagai isu dan masalah yang berkaitan dengan kepentingan wanita di Malaysia. Isu-isu dan masalah-masalah berkenaan termasuk perkara yang berkaitan dengan penindasan, ketidakadilan, amalan diskriminasi, dan pengabaian yang mengakibatkan penganiayaan terhadap sebahagian wanita dalam tempoh sekian lama di negara ini.

Antara lain, bentuk pembelaan yang dituntut oleh Majlis ini ialah jaminan Kerajaan untuk mengambil langkah-langkah bagi menangani isu dan masalah berkenaan dengan menggubal dasar atau undang-undang tertentu, termasuk mewujudkan agensi tertentu yang bertanggungjawab menangani isu dan masalah tersebut.

Salah satu ciri sebuah sistem politik yang mengamalkan demokrasi ialah terdapatnya peranan NGO dalam mempengaruhi proses pembuatan polisi dan undang-undang dalam sistem politik berkenaan. Peranan utama sesebuah NGO ialah mengartikulasi (mengenal pasti, mengetengah, dan merumus) isu dan tuntutan satu-satu kumpulan dalam masyarakat yang diwakilinya. Di Malaysia, peranan organisasi ini semakin signifikan khasnya mulai dekad 1980-an. Sebelum dekad berkenaan, peranan organisasi ini lebih meluas dalam perkara-perkara menjaga kebajikan dan memberi perkhidmatan kepada ahli dan kumpulan sasaran tertentu.

Di negara ini, didapati NCWO telah berperanan penting dan terlibat secara aktif di pelbagai peringkat pengartikulasian politik sebelum sesuatu polisi atau undang-undang mengenai isu-isu berkenaan digubal dan seterusnya rancangan dan program mengenainya dilaksanakan. Berikutan dengan peranan itu, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menangani isu dan masalah wanita di negara ini, misalnya melalui penggubalan Dasar Wanita Negara 1989, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan dasar serta akta yang lain.

Secara amnya, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejayaan NCWO dalam mengartikulasi isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan wanita di negara ini. Antara yang terpenting ialah pemanfaatan saluran formal dan tradisional (pertalian peribadi dan perwakilan tokoh), penggunaan pendekatan bekerjasama dengan Kerajaan dan kelebihan serta keistimewaan sumber-sumber organisasi (kepimpinan, kepakaran, keanggotaan, kewangan, jaringan kerja, dan dedikasi serta semangat kesukarelaan (volunteerism) yang tinggi).

Wanita di Malaysia: Perjuangan Menuntut Hak memperlihatkan bahawa Kerajaan Malaysia responsif terhadap tuntutan berkaitan isu-isu dan kepentingan wanita yang diartikulasi oleh NCWO. Selain membuat tuntutan, NCWO juga turut membantu mendukung sistem politik dengan menyediakan pelbagai sumber kepada Kerajaan, yang sekaligus membolehkan politik Malaysia menjadi stabil.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.371 kg
Dimensions 22.6 × 15.4 × 1.4 cm
Edition

Format

ISBN

9789831003848

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Wanita di Malaysia: Perjuangan Menuntut Hak”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.