Sejarah Pahang

BUYONG ADIL (1907–1976), atau nama sebenarnya Mohd Yusof Adil, dilahirkan dalam keluarga dari keturunan Rao di Teluk Intan, Perak. Pada tahun 1971, beliau mula bertugas di DBP sebagai Penyelidik Sejarah serta meneruskan penulisan buku-buku sejarah negeri-negeri Melayu.

DBP (Cetakan Kedua, 2023)
456 halaman termasuk Indeks

RM55.00

In stock

ISBN: 9789834922436 Product ID: 37537 Subject: Sub-subjects: , ,

Sejarah Pahang menyingkap sejarah sebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu, bermula dari Zaman Batu sehingga ke bersatunya ke dalam Persekutuan Malaysia. Setelah memasuki zaman sejarah, berdasarkan penulisan-penulisan orang zaman dahulu, iaitu orang Arab, China, Siam, Jawa dan Portugis, dapatlah dibentangkan beberapa gambaran mengenai sejarah negeri Pahang dari akhir kurun Masihi yang ke-10 hingga pertengahan kurun ke-15, dan dalam masa itu termasuklah juga masa negeri Pahang di bawah kuasa kerajaan Seri Wijaya, di bawah pengaruh kerajaan Jawa Majapahit, dan juga pada masa negeri itu diperintahkan oleh raja Melayu bukan Islam yang dipercayai berasal daripada keturunan raja-raja Melayu bukan Islam di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu (dari Ligor sampai ke Patani) dan dipengaruhi oleh Siam.

Menjelang akhir kurun yang ke-15, sejarah Pahang telah mulai agak terang. Sejak itu hingga sekarang ini, iaitu selama lebih kurang 500 tahun, dapatlah sejarah negeri Pahang itu dipandang sebagai suatu gambaran yang jelas. Dari akhir kurun yang ke-15 hingga hampir-hampir 150 tahun lamanya negeri Pahang itu diperintahkan oleh raja-raja Melayu-Islam keturunan daripada raja-raja Melayu Melaka. Dari awal hingga ke pertengahan kurun yang ke-17 negeri Pahang telah menderita beberapa kesusahan oleh serangan orang Aceh, Johor, Portugis dan Belanda hingga negeri itu masuk ke bawah perintah kerajaan Aceh.

Pada pertengahan kurun Masihi yang ke-17, apabila kuasa kerajaan Aceh di Semenanjung Tanah Melayu mulai lemah, pemerintahan negeri Pahang itu pun bersatu dengan Johor di bawah perintah raja-raja Johor. Mulai dari suku pertama dalam Kurun Masihi yang ke-18 pula negeri Pahang masuk menjadi sebahagian daripada wilayah pemerintahan Kesultanan Empayar Johor yang luas itu, dan Bendahara kerajaan itu ditempatkan memerintah di Pahang sebagai daerah pegangannya.

Setelah Belanda dan British dapat menghiris-hiris kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang, iaitu dengan cara Belanda menjajah Kepulauan Riau-Lingga dan British mencekup Singapura daripada tangan raja-raja Melayu, menjelang pertengahan kurun yang ke-19, dengan sendirinya Bendahara kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang yang memegang pemerintahan di negeri Pahang itu memutuskan hubungan Pahang dengan Johor, Singapura dan Riau-Lingga lalu mengambil alih pemerintahan yang merdeka sendirinya di negeri Pahang tiada takluk kepada siapa-siapa lagi.

Tetapi tiada lama lepas itu, dalam pertengahan kurun yang ke-19 itu juga, berlakulah perang saudara di negeri Pahang (1857-1863) yang berkesudahan negeri itu dapat ke tangan Bendahara Wan Ahmad, dan mulailah beliau memakai gelaran “Sultan” lalu membentuk kesultanan baharu di negeri itu dan turun-temurun memerintah di Pahang hingga sekarang. Setelah 25 tahun lamanya Sultan Ahmad (Bendahara Wan Ahmad) memerintah di negeri Pahang, iaitu setelah British dapat memasukkan jarum penjajahannya di negeri Perak, Selangor dan daerah Sungai Ujong di Negeri Sembilan, dapatlah pula British menjalankan helah muslihatnya memasukkan negeri Pahang ke bawah naungan perintah British.

Campur tangan British dalam pemerintahan di negeri Pahang itu, yang hanya baharu lebih kurang tiga tahun, telah ditentang oleh orang Melayu Pahang di bawah pimpinan beberapa orang besar-besar dan pahlawan Pahang yang tiada suka negeri mereka dijajah oleh British dan berlakulah pertempuran-pertempuran bersenjata di merata-rata tempat di negeri Pahang yang telah berlarat-larat selama lima tahun (1891-1895) antara orang Melayu Pahang melawan British yang telah mendatangkan beberapa ramai askarnya (terutama pasukan polis) ke negeri Pahang, bahkan hingga mengejar pahlawan Pahang itu sampai ke hulu-hulu negeri Kelantan dan Terengganu. Akhirnya, dengan bantuan kerajaan Siam, beberapa orang daripada pahlawan Pahang telah diasingkan oleh kerajaan Siam ke negeri Siam, dan berhentilah gerakan orang Melayu di Pahang menentang penjajahan British. Sejak itu semakin berkukulah British di negeri Pahang, lalu sama-samalah negeri Pahang dengan negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan (yang disebut Negeri-negeri Melayu Bersekutu) menjalani sejarahnya sebagai negeri yang bernaung di bawah perintah British hinggalah kepada masa tentera Jepun datang menyerang dan menduduki Malaya.

Sejarah negeri Pahang pada masa pendudukan tentera Jepun; lepas itu diharu oleh pengganas-pengganas Komunis; menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu; mencapai kemerdekaan bersama-sama dengan negeri-negeri Melayu lainnya dalam Persekutuan Tanah Melayu, dan akhirnya dibawa bersama-sama bersekutu dalam Malaysia, hampir-hampir samalah dengan peristiwa bersejarah yang telah berlaku di negeri-negeri jirannya seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Perutusan
Pendahuluan
Ringkasan Pengenalan Buku Rujukan

1. Sejarah Pahang
2. Pahang pada Zaman Batu dan Zaman GangsaBesi (Zaman Sebelum Sejarah)
3. Pahang pada Zaman Sebelum Ditakluki oleh Kerajaan Melayu Melaka
4. Pahang Ditakluki oleh Kerajaan Melayu Melaka
5. Pahang dalam Zaman Pemerintahan Raja-raja Keturunan dari Melaka
6. Pahang Takluk Acheh dan Percampuran Pahang dengan Johor
7. Pahang dalam Pegangan Bendahara
8. Perang Sesama Sendiri di Pahang
9. Pahang dari Tahun 1863-1871 Dalam Zaman Pemerintahan Bendahara Wan Ahmad
10. Bendahara Wan Ahmad Mencampuri Perang di Selangor
11. Pahang dari Tahun 1874-1881
12. Bendahara Wan Ahmad Memakai Gelaran Sultan
13. Engku Muda Mansur Hendak Menyerang Pahang
14. Frank Swettenham Datang ke Pahang
15. Gabenor Weld dan Hugh Clifford Berikhtiar Menarik Sultan Ahmad Membuat Perjanjian dengan British
16. Kerajaan British Meletakkan Wakilnya di Pahang
17. Kerajaan British Meletakkan Residennya pula di Pahang
18. Pahang pada Permulaan di Bawah Naungan Perintah British
19. Orang Melayu Menentang Campur Tangan British dalam Pemerintahan di Negeri Pahang
20. British Gagal Menangkap Pahlawan Pahang di Kelantan dan Terengganu
21. Pahang dari Tahun 1895 hingga Sekarang (1970)

Indeks

Weight0.541 kg
Dimensions21.6 × 14 × 2.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

,

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author