Out of stock

Mutiara Pantun Melayu

ZURINAH HASSAN merupakan penerima wanita pertama bagi Anugerah Sastera Negara pada tahun 2015, yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Penerbit USM (Cetakan pertama, 2023)
126 halaman termasuk Bibliografi

RM35.00

Out of stock

ISBN: 9789674617974 Product ID: 37639 Subject: Sub-subjects: , ,

Mutiara Pantun Melayu merupakan sebuah bingkisan Zurinah Hassan yang bertujuan untuk memberi panduan kepada peminat-peminat pantun agar dapat menghasilkan pantun-pantun yang mempunyai nilai estetika. Oleh kerana pantun juga diajar di sekolah-sekolah hingga ke universiti di dalam dan di luar negara, maka penerbitan buku ini boleh dijadikan panduan dan rujukan tambahan dalam pembelajaran puisi. Mendalami penulisan pantun juga dapat membantu seseorang dalam menulis puisi moden atau sajak kerana pantun mendekatkan seseorang dengan perlambangan dan pengucapan yang berima yang menambah nilai puitis sesebuah puisi. Di samping menulis pantun, penulis juga terlibat dalam memberi ceramah tentang pantun khasnya menjadi pembimbing dalam bengkel penulisan pantun. Banyak persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh para peserta bengkel pantun akan terjawab dalam buku ini.

Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah pengenalan kepada pantun, penjelasan tentang ciri-ciri pantun dan bimbingan untuk mengarang pantun. Oleh kerana perkara yang membezakan pantun dengan bentuk puisi yang lain adalah baris-baris yang dikenali sebagai pembayang, maka tumpuan akan diberikan kepada pembinaan pembayang. Pembayang bukan semata-mata berfungsi untuk mendapatkan rima, tetapi juga padanan makna dan suasana dengan maksud. Makna dan suasana ini sebahagian besar dibina daripada unsur alam yang digunakan. Sebagai karya sastera bahasanya dihiasi dengan metafora, personifikasi, simile dan sebagainya yang dapat mengukuhkan makna. Sebagai karya sastera, pantun perlu mengandungi pemikiran dan nasihat untuk kebaikan bangsa.

Dalam bahagian pertama juga terdapat pantun-pantun tradisi yang sudah terkenal dalam masyarakat tempatan malah Antarabangsa. Peminat-peminat pantun perlu mendekati pantun-pantun tradisi bagi memahami, misalnya bagaimana unsur alam digunakan dengan tujuan mendapat padanan antara pembayang dan maksud. Pantun juga mengutamakan bahasa lama menggambarkan budaya tempatan dan tutur kata yang tidak melanggar batas kesopanan. Nilai-nilai estetika dalam pantun tradisi perlu dipelajari dan dijadikan panduan untuk mencipta pantun-pantun semasa yang bermutu.

Dari pantun tradisi yang diperturunkan secara lisan, diperlihatkan pula situasi pada era mutakhir atau era dunia siber. Beberapa contoh pantun dipetik daripada hantaran di Facebook untuk membuktikan bagaimana ledakan globalisasi dan media baharu tidak menjejaskan perkembangan pantun, malah memberi ruang dan nafas baharu untuk pantun terus tumbuh dan mekar.

Bahagian kedua memuatkan pantun-pantun karya kreatif penulis sendiri (koleksi pantun Zurinah Hassan). Pantun-pantun ini dibahagikan kepada pantun nasihat dan keagamaan, resam manusia, keindahan tempat dan hubungan kasih sayang. Kemudian, disusuli pula dengan pantun yang berkaitan dengan nilai remaja, juga pantun untuk pengantin baharu yang sesuai untuk majlis perkahwinan.

Prakata
Pendahuluan

BAHAGIAN 1

1. Mendekati Pantun
Ciri-ciri Khas Pantun
Pembayang
Rima Pantun
Gaya Bahasa dalam Pantun
Nilai Estetika dalam Pantun

2. Mencipta Pantun
Membentuk Pembayang

3. Pantun Tradisi
Jenis-jenis Pantun Tradisi
Pantun Kanak-kanak
Pantun Tradisi sebagai Panduan
Unsur Alam dalam Pantun Tradisi
Tip Menulis Pantun

4. Pantun Era Digital
Pantun dalam Majlis Rasmi
Pantun dalam Iklan
Pantun dalam Siri Animasi
Pantun SMS
Kumpulan Berpantun
Pantun dan Isu-Isu Semasa

BAHAGIAN 2

5. Pantun Ciptaan
Pantun Mukadimah
Pantun Nasihat dan Keagamaan
Pantun Resam Manusia
Pantun Keindahan dan Hubungan Kasih Sayang
Pantun Berkait
Pantun Pengantin Baharu

Bibliografi
Biodata Penulis

Weight0.183 kg
Dimensions21 × 14.7 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author