Out of stock

Pemikiran dan Falsafah dalam Puisi Melayu Tradisi

ZURINAH HASSAN merupakan penerima wanita pertama bagi Anugerah Sastera Negara pada tahun 2015, yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Penerbit UniMAP (Cetakan pertama, 2022)
87 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM23.00

Out of stock

Pemikiran dan Falsafah dalam Puisi Melayu Tradisi menumpukan kepada isi atau pemikiran yang terkandung dalam puisi Melayu tradisi yang mengandungi falsafah dan pemikiran, menjadi media untuk menyampaikan ajaran dan didikan, nasihat dan pedoman kepada masyarakat. Puisi-puisi ini memaparkan pandangan hidup, misalnya mengajar anak-anak mengenal Allah dan mendidik mereka dengan nilai murni. Sebahagian daripada puisi-puisi yang berisi pengajaran ini dinyanyikan oleh ibu-ibu ketika mendodoi anak-anak. Lebih penting lagi, baris-baris puisi ini menguatkan akidah dan melindungi bangsa daripada dakyah penjajah.

Puisi tradisi mempunyai beberapa subgenre dan antara yang masih dikarang dan dikenali ialah pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan teromba. Puisi Melayu tradisi muncul awal dalam tamadun manusia, bukan dalam bentuk tulisan, tetapi dipertuturkan secara oral dan dikenali sebagai sastera lisan. Puisi sebagai hasil sastera terdiri daripada isi dan bentuk. Isi ialah pemikiran yang disampaikan, manakala bentuk merujuk kepada cara atau gaya pengucapan. Gaya pengucapan puisi Melayu tradisi lebih dikenali dengan bentuknya yang terikat dengan bilangan baris dan skema rima yang terkawal. Sebagai contoh pantun kebanyakannya berima ‘a-b-a-b’ dan syair berima ‘a-a-a-&’. Puisi ini mementingkan keharmonian bunyi. Keharmonian bunyi ini ditimbulkan oleh ungkapan kata dan bahasa yang mengandungi unsur muzik, lagu, intonasi, rentak dan irama. Baris disusun membentuk pola atau ikatan tertentu yang dipengaruhi oleh jumlah perkataan, perseimbangan bunyi dan bilangan suku kata yang ditentukan oleh panjang-pendek perkataan.

Selain pantun dan puisi tradisi yang lain, misalnya seloka berperanan untuk mengkritik masyarakat melalui bait-bait yang mengandungi sindiran dan unsur jenaka. Pengarang sebenar puisi-puisi ini tidak dapat dipastikan namun telah terbukti bahawa mereka adalah pemikir yang amat tajam pemerhatiannya terhadap alam dan masyarakat di sekeliling. Mereka peka terhadap segala yang berlaku dan menjalankan tanggungjawab bagi menyampaikan teguran dan kritikan. Lebih mengagumkan lagi apabila kritikan mereka kekal relevan hingga hari ini. Fungsi gurindam adalah memberi nasihat dan panduan hidup. Misalnya, “Gurindam Dua Belas’ karangan Raja Ali Haji yang sangat tinggi nilai pengajaran dan falsafahnya. Gurindam digunakan dalam mengutarakan pemikiran dalam aspek pendidikan anak-anak hingga ke tahap kepimpinan dan kenegaraan. Syair mempunyai dua kategori, iaitu syair naratif’ dan “syair bukan naratif”, Syair bukan naratif menyampaikan pemikiran tentang kehidupan.

Puisi Melayu tradisi memperlihatkan keakraban dengan alam. Alam bukan sahaja digambarkan dengan indah sebagai latar tempat sesuatu kejadian, tetapi juga menjadi lambang kepada sesuatu yang berlaku dan petanda kepada sesuatu yang akan berlaku. Puisi Melayu tradisi menyatakan sesuatu idea, menyebar nilai-nilai murni serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan. Bahasa yang padat mengandungi unsur perlambangan, imajan, kiasan dan perbandingan yang bersifat tradisional untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan perasaan hati. Puisi-puisi ini digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat untuk hiburan dan keramaian, malah puisi juga digunakan dalam ritual, keagamaan, pengajaran dan sebagainya.

Prakata
Pendahuluan

1. Mengenal Puisi Melayu Tradisional
2. Alam sebagai Perlambangan dalam Pantun Melayu
3. Seloka: Antara Kritik dan Jenaka
4. Berendoi sebagai Media Dakwah
5. Fungsi Nazam dalam Pendidikan Agama
6. Seni Mengarang Syair Melayu
7. Gurindam: Memberi Nasihat dan Pedoman

Biodata
Rujukan
Indeks

Weight0.147 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author