Out of stock

Agong Tanpa Tengkolok

FATHI ARIS OMAR adalah bekas Ketua Pengarang Malaysiakini (BM) dan jurnalis yang banyak menulis di portal-portal berita tempatan.

Thukul Cetak (Cetakan kedua, 2015)
204 halaman


NOTIS: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM35.00

Out of stock

ISBN: 9789671304709 Product ID: 40595 Subject: Sub-subjects: , ,

Agong Tanpa Tengkolok menghimpunkan kumpulan tulisan Fathi Aris Omar seputar pergelutan penulis yang terdorong dengan krisis politik 1998 dan wacana-wacana yang berkembang sesudah itu sama ada dalam hal budaya, agama, seni atau politik. Kumpulan tulisan ini cuba menyelak kesan-kesan Kuasa pada agama, budaya, wacana dan kekangan fikiran. Dan, bagaimana agama, budaya, wacana dan fikiran yang terkekang itu mempengaruhi pula isu-isu Kuasa dan jaringannya yang dalam merasuk dasar batin. Pada saat tulisan ini disediakan, perdebatan sedang rancak tentang wajar atau tidak seorang Islam memegang anjing. Tidak lama sebelumnya, kerajaan melarang masuk aktivis Islam Indonesia, Ulil Abshar Abdalla, selain isu-isu “siapa pendatang” di negara ini, wajar atau tidak Akta Hasutan dihapuskan, dan juga krisis menteri besar Selangor selama beberapa bulan sebelumnya. Sekumpulan besar penggiat seni lakon pula melancarkan ‘Switch Off 14’, kempen memboikot TV selama tiga jam untuk menuntut bayaran yang lebih baik.

Pada penulis isu-isu hanya penampilan luar, walau persaingan wacananya sangat sengit dan bersimpang-siur, apatah lagi melibatkan tekanan Kuasa agama, budaya dan politik. Di bawah isu, berselerak selirat ideologi, akidah, kosmologi falsafah atau tradisi yang sulit difahami dan gagal dibedah siasat. Jadi, apabila kita bertekak tentang “isu”, kita sering hanya berkongsi cerita luarannya saja. Kita tidak membedah persoalan yang lebih dasar—konteks dan sejarahnya, maksud tersurat dan maksud tersirat, kepentingan dan propaganda, denotasi dan konotasi isu. Namun, penulis mengatakan bahawa beliau tidak pula mendakwa tulisan-tulisan ini telah berjaya menyelongkar dasar-dasar persoalan yang melatari sesuatu “isu”. Kenapa semua ini terjadi? Kenapa sesuatu peristiwa berlaku begitu (tidak begini)? Apakah hubungan sesuatu “isu” itu dengan latar sosio-budaya, sosio-agama dan sosio-politik kita? Pertarungan, tarik-menarik, antara memahami isu luaran dengan menggali latar gerak isu melahirkan sejumlah tulisan ini.

Tentang Penulis
Prakata – Sewaktu Tanya itu Subversif
Kata Penulis

POLITIK
Mahathir ‘Agong Tanpa Tengkolok’
Gegaran Mac 2008
Ada Apa Dengan Reformasi 1998?
Karenah Reformasi Melawan Diktator
ISA – Cara Militan Hadapi Siswa
Defisit Individualisme Melayu
Senjata Jatuhkan Diktator
20 Tahun Bersama Rustam
Orang Politik Boleh, ‘The Heat’ Dilarang?

AGAMA
Gelora Akal dalam Resah Agama
Ancaman Pembiusan Agama
Kritik Agama Cabang Reformasi
Sewaktu Agama Kehilangan Akal
Islam ‘Liberal’ Wacana Terdesak
Islam di Air Yang Tenang
Maksiat Sebagat Wacana Politik
Tsunami, Gian Tuhan Yang Buas?
Sewaktu ‘Allah’ Tiada Muncul di Bibirmu

BUDAYA & MEDIA
Yang ‘Setan’ dalam Diri Sasterawan
Puisi dalam Trauma Bahasa
Teks di Luar Ker(Pen)Tas
Puisi Menjerit di Hujung Tangan
Lukisan Politik Hishamuddin Rais
Nafas – Berhala Tanpa Kepala
Demi Akhbar Bebas, Mangsa KDN Terbiar
Buku Pembuka Jalan Demokrasi
Dedikasi Buat Sam Ahmad

Weight0.2 kg
Dimensions17.6 × 12.5 × 1.6 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.