Utopia Masyarakat Lambak

AZHAR IBRAHIM adalah pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Melayu, National University of Singapore.

Thukul Cetak (Cetakan pertama, 2015)
207 halaman


NOTIS: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM25.00

In stock

ISBN: 9789671304723 Product ID: 40598 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Utopia Masyarakat Lambak merupakan sebuah kritik dan sanggahan terhadap dua penyakit pemikiran yang semakin membarah dalam masyarakat iaitu keutopiaan dan yang kelambakan. Hari ini kita terpukul oleh dua bala nyata dan bahaya. Pertama, wujud dan menyebarnya jenis pikiran keutopiaan yang angkuh tidak membumi. Kedua berseleraknya minda kelambakan yang menjahanamkan segala kepiawaian dan asas pikiran yang munasabah. Terkadang ia bisa wujud sendiri, tetapi paling terparah bila kedua-duanya bergandingan sama, sehingga bolehlah kita menyebutnya utopia masyarakat lambak, sesuai dengan judul buku ini. Inilah gejala paling mudarat yang sedang kita hadapi. Kedua jenis atau sindrom ini bukanlah perkara baru. Dalam semua peradaban dan masyarakat, akan menemukan dua gejala-bala ini. Apabila kedua-duanya bertapak dan menyelinap di setiap sudut kehidupan kita, ia adalah malapetaka besar.

Keutopiaan yang dimaksudkan ini ialah kecenderungan terbuai dan terhayal dengan impian sendiri/sekelompok yang tidak membumi, malah tersasar dari dasar manusiawi. Yang diimpi-idamkan adalah sesuatu yang kononnya luhur, sempurna, dan kalau semua mendakapnya akan selamat dan sejahtera. Namun seringkali yang mahu ditujui itu adalah sesuatu gagasan yang bisa saja melanggar nilai-nilai universal dan etika kemanusiaan sejagat. Saranan mereka seringkali ditandai cuai dan kalut. Mereka ini menjadi obsesif untuk menuju kepada pancasona-ideal yang mereka pujai, dalam perkiraan atau atas sebab tuntutan sesuatu ideologi dan kepercayaan dan diyakini benar. Langsung mereka menjadi taksub, dan setiap segala yang tidak bersetuju dengan idealisme mereka itu, tentulah menjadi kalangan yang dianggap tiada hidayah dan tersesat siasah.

Bala yang kedua adalah wujudnya manusia lambak dalam masyarakat, yakni di kalangan kita, dan boleh jadi juga telah menyelinap dalam diri kita sendiri. Manusia lambak ini boleh dicirikan sebagai manusia angkuh dengan segala ketololan mereka dalam mendiktat citarasa dan pemikiran mereka yang dangkal dan rapuh. Dengan tiada selera intelektual yang tinggi, dengan rasa tingkat moral, yang tidak berpeduli, dan dengan ketidaksabaran memaksakan idea mereka kepada yang lainnya, jenisan manusia ini akan membuka gerbang kepunahan sesuatu peradaban. Lebih nyata kepunahan ini bila kita saksikan yang terlazim berlaku di sekeliling kita. Gerombolan minda seperti ini berlagak sok tahu, berjubah sebagai pendeta dan peneroka, tetapi bacaan dan kupasan mereka tidak sampai selambaran dua. Takrifan dan tafsiran mereka lopong tapi sering disembunyikan dalam lafaz agung yang memukau dan melampau. Mereka berlagak menjadi ahli itu dan ini, tetapi perancangan dan etos kerja sangat bersifat membuta tuli. Sembrono dan asal-boleh itulah yang sebenarnya mereka anuti dan amali.

Nah bayangkan pula sekarang apabila terjadi kesepaduan jenis fikiran yang keutopiaan dan yang kelambakan. Itulah bala yang berganda. Tidak dapat tidak ia akan melahirkan cita bencana, sebagaimana yang telah diujarkan oleh Syed Hussein Alatas. Segi-segi fikiran keutopiaan dan sindrom kelambakan ini telah dibicarakan masing-masing oleh sosiolog tersohor Karl Mannheim, dan ahli filsafat asal Sepanyol, Jose y Ortega Gasset. Perspektif kritis mereka banyak menjadi rujukan dalam bab-bab yang terdapat dalam buku ini, dengan harapan ia bisa mencetus hujahan yang lebih mendalam di masa menjelang.

Prakata
Pengenalan: Tradisi Berfikir untuk Transformasi Masyarakat

1. Memeta Pedagogi Pembebasan
2. Guru Intelektual Transformatif: Dari Pujangga ke Intelektual Publik
3. Bahasa Melayu, Pemikiran Kritis dan Kreativiti
4. Pedagogi Hadap-Masalah dan Literasi Kritis dalam Budaya Lisan
5. Budaya dalam Pendidikan: Pemberdayaan dalam Kalangan Belia
6. Menangani Gejala Keelitisan dan Perlambakan Masyarakat

Weight0.208 kg
Dimensions17.6 × 12.7 × 1.6 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini

    Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini

    RM38.00
  • Out of stock

    Kemanusiaan Sastera: Membangun Wacana Kritis

    RM25.00
  • Bahasa dan Tantangan Intelektualisme

    Bahasa dan Tantangan Intelektualisme

    RM38.00
  • Out of stock

    Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi

    RM33.00