Beberapa Aspek Adat Resam Melayu Kelantan

BAHARIN ILIAS adalah Pegawai Adat Istiadat di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Beliau telah menyelenggarakan dan menyunting buku-buku Halaman Adat Istiadat Raja DiRaja Kelantan (MAIK, 2014) dan Bahasa Melayu Kelantan: Menggali Ilmu Menyusur Warisan (MAIK, 2016).

Senarai penulis:
MD. RIDUAN MUHAMAD
NIK YUSNITA NIK AHMED
FATIMAH MUHD SHUKRI
MOHD USAIRI MOBAMED ZAINUDDIN

MAIK (Cetakan pertama, 2016)
155 halaman, termasuk Bibliografi

RM35.00

Only 1 left in stock

Product ID: 13705 SKU: 9789832391265 Categories: , Tags: , , ,

Beberapa Aspek Adat Resam Melayu Kelantan merakamkan rencam adat resam masyarakat Melayu tradisional negeri Kelantan. Dalam buku ini dijelaskan bagaimana masyarakat Melayu tradisional menerima, mempelajari dan menghayati sikap dan kelakuan, nilai dan norma yang diterima dari satu generasi ke satu generasi yang lain, sebelum merealisasikannya dalam bentuk adat yang mencerminkan warisan dan budaya masyarakatnya.

Beberapa Aspek Adat Resam Melayu Kelantan mengandungi sejumlah adat resam utama dalam “kitaran hidup” seorang manusia, berawal dengan adat kelahiran (malah sejak dalam kandungan lagi), diikuti adat-adat seperti bertahnik (belah mulut), aqiqah, berkhitan, khatam al-Quran, perkahwinan dan berakhir dengan kematian. Walaupun di sana masih terdapat beberapa adat kecil-kecilan yang lain, seperti adat menaiki rumah baharu, adat bersawah (biasanya sebelum turun ke bendang), adat bepergian jauh (biasanya sebelum turun untuk menunaikan ibadat haji) dan lain-lain, namun fokus buku ini adalah terbatas kepada adat-adat utama sebagaimana yang digariskan di atas.

Ia diterbitkan bertujuan memberi pendedahan ilmu pengetahuan yang lebih meluas lagi kerana tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya.

Melalui hukum adat, orang Melayu sebenarnya dapat memupuk nilai-nilai sejagat yang boleh menjamin keharmonian dan menjaga keseimbangan hubungan sosial antara mereka. Pada masa yang sama, orang Melayu memahami betapa pentingnya tradisi adat dipertahankan dan mereka sentiasa menyanjung tinggi tradisi adat ini. Namun mereka tetap beranggapan bahawa adat itu tidak bertentangan dengan Islam, bahkan ianya selaras dengan nilai-nilai dan kehendak Islam.

Bagi menunjukkan betapa pentingnya tradisi adat ini dipertahankan daripada satu generasi ke generasi yang lain, bolehlah dilihat pada satu ungkapan yang sinonim iaitu “biar mati anak,jangan mati adat”. Dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional, banyak peraturan yang telah ditetapkan mengikut adat istiadat masing-masing. Adat dan peraturan tersebut harus dipatuhi dan dimakan dalam menjalani kehidupan mereka. Proses kehidupan pertama manusia ialah kelahiran, iaitu satu detik yang bersejarah dalam kehidupan seseorang yang bergelar manusia. Manakala saat menunggu kelahiran adalah sesuatu yang mencemaskan seisi keluarga, terutamanya bagi ibu yang akan melahirkan anak itu.

Adat boleh dikatakan sebagai satu amalan jasmani dan rohani. Ini kerana amalan adat kelahiran perlu dilalui oleh wanita, sama ada sebelum atau selepas bersalin. Misalnya, amalan seperti melenggang perut, adat bersalin, menanam uri, adat bercukur rambut, adat berendoi (buai) dan adat dalam pantang Pada zaman dahulu, jika seseorang wanita Melayu yang melahirkan anak tidak melalui proses atau menurut adat, maka ia dikira sudah melanggar aturan nenek moyang mereka.

Adat menyambut kelahiran bayi bagi masyarakat Melayu Kelantan, khususnya di Jajahan Pasir Puteh, terbahagi kepada dua iaitu adat sebelum dan selepas kelahiran. Biasanya adat sebelum kelahiran tertumpu pada adat penjagaan ibu dan bayi bagi memudahkan bersalin. Manakala adat-adat selepas kelahiran pula lebih tertumpu kepada adat-adat pemulihan kesihatan ibu, penjagaan diri dan ritual yang ada kaitan dengan agama.

Walaupun hanya “beberapa aspek” tidak menyeluruh atau rinci namun penerbitan Beberapa Aspek Adat Resam Melayu Kelantan diharapkan dapat sedikit sebanyak mengungkapkan beberapa aspek adat resam Melayu yang pernah atau masih diamalkan dalam masyarakat awam negeri Kelantan.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.388 kg
Dimensions 23.5 × 16 × 1.4 cm
Edition

Format

ISBN

9789832391265

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Beberapa Aspek Adat Resam Melayu Kelantan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.