Out of stock

Dunia Peribumi dan Alam Sekitar: Langkah ke Hadapan

HOOD SALLEH (b. 24 November 1942, Seremban, Negeri Sembilan) adalah pakar hal ehwal Orang Asli di Malaysia. Beliau merupakan penyandang pertama Kursi Pengajian Melayu di Universiti Victoria, Wellington, New Zealand mulai 1996-2005. Beliau juga dilantik sebagai Ketua Program Khazanah dan Warisan Ketamadunan Bangsa. Selaku pengarah Muzium Warisan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau cuba menjenamakan semula peranan serta perjuangan pahlawan Melayu seperti Mat Kilau. Antara karya beliau ialah Ethno-Historical Perspectives and Social Change Among the Orang Asli: A Brief Overview, Jurnal Antropologi dan Sosiologi (1975), The Cultural Context of Semelai Trance, Federation Museums Journal (1979), and Orang Asli Perceptions of the Malay World dalam Ilmu Masyarakat (1983).

Penerbit UKM (2004, Cetakan Kedua)
46 halaman

RM20.00

Out of stock

Dunia Peribumi dan Alam Sekitar: Langkah ke Hadapan dipersembahkan sebagai Syarahan Perdana jawatan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 30 Disember 1995 oleh Hood Salleh di Bilik Senat Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam konteks dunia moden, kaitan antara dunia peribumi dan alam sekitar amat rapat, sebab pembangunan kawasan yang strategik kini melibatkan kawasan tradisional masyarakat peribumi. Walaupun pembangunan dalam bentuk ini diteruskan, kedudukan ilmu tentang sifat-sifat dunia peribumi itu tidak meningkat sejajar dengan tuntutan masyarakat peribumi. Ciri-ciri masyarakat peribumi melibatkan pengetahuan tentang tradisi sosial, sistem ekonomi dan politik, serta cara hidup yang semakin dicabar oleh pembangunan dari luar dan sekeliling mereka.

Pertembungan antara pembangunan dan orang peribumi berlaku apabila sumber ekonomi masyarakat peribumi tergugat dan mengurang, lantas menyulitkan lagi kedudukan mandiri mereka. Proses meminggirkan masyarakat peribumi kian meningkat dan ia semakin meningkat selagi hak-hak asasi masyarakat itu tidak dipertahankan. Dua contoh iaitu Taman Negara di Semenanjung Malaysia dan projek Bakun di Sarawak digunakan sebagai contoh dalam perbincangan. Perkaitan antara masyarakat peribumi dengan alam sekitar dilihat dalam konteks global kini bagi membolehkan perspektif masa depan (future perspective) dikemukakan. Dalam hal ini, kedudukan peribumi dan alam sekitar pada tahun 2020 dikemukakan sebagai suatu senario yang utama.

Sekarang terdapat lebih kurang 300 juta orang peribumi berselerak di 70 negara. Ini bermakna pada tahun 2000 apabila penduduk dunia mencapai 6 bilion, setiap seorang dari 20 orang dalam dunia ini adalah peribumi dan seorang dari 19 orang yang bukan peribumi berkemungkinan merancang atau telah pun mempunyai hubungan dengan orang peribumi. Di sebalik kejauhan persaudaraan antara masyarakat peribumi dengan yang bukan peribumi, terdapat pula tekanan ke arah penyatuan atau integrasi dengan masyarakat itu. Kejadian ini merupakan satu proses yang sudah lama berlaku di seluruh dunia. Di India kini terdapat 51 juta peribumi. Mereka mempunyai wakil dalam Parlimen, tetapi golongan itu masih terlalu miskin. Burger (l990:88) mengatakan di Amerika Latin sebahagian besar daripada masyarakat peribumi terpinggir meskipun dari sudut budaya, bahasa dan sejarah masyarakat peribumi itu homogen, namun daripada sejarah interaksi dengan kuasa-kuasa kolonialisme, kemiskinan yang ekstrim merupakan nasib mereka selagi tanah di bawah tangan latifundistas berlanjutan.

Begitu juga di Amerika Tengah, di mana selalunya protes di kalangan peribumi ditindas dengan kejam. Juga di Costa Rica, pembalakan, perlombongan, dan petempatan kelompok baru mengambil alih rizab peribumi yang telah disediakan pada tahun 70-an. Di Afrika, petani dan nomad juga ditekan, terutamanya yang tinggal di kawasan terpencil. Begitu juga di kalangan orang Yanomami di Brazil, sejak tahun 70-an, industri perlombongan membawa malaria, pencemaran air dan keganasan. Dengan termasuknya modal saudagar dari luar, dadah, pelacuran dan AIDS juga diperkenalkan. Di samping itu ada pula lobi antiperibumi yang begitu kuat di Brazil.

Masyarakat peribumi berselerak di setiap benua, dari Afrika ke Eropah, Amerika Selatan, Kanada, ke Oceania dan Asia. Tiga unsur yang selalu dikaitkan dengan hampir setiap mereka itu ialah pertama, mereka kehilangan tanah pemberian atau warisan nenek moyang mereka; kedua, status sosioekonomi mereka itu rendah, selalunya jauh di bawah garis miskin; ketiga, alam sekitar mereka adalah di antara yang paling banyak dimusnahkan. Masyarakat peribumi dan juga kita merasa hairan sistem prejudis atau naluri utama apakah yang mengekalkan kedudukan mereka sehingga terjadi demikian?

Kita harus lihat kedudukan sosial mereka secara terbuka dengan mengutip penemuan sains politik, kerana masalah masyarakat peribumi kini adalah sebahagian daripada masalah politik sedunia. Kita perlu bersusah payah mencari sebab kenapa masyarakat peribumi bertambah penting di pentas politik dunia. Ada banyak gejala yang boleh memberi keterangan secara jelas. Kini terdapat dua aliran pemikiran tentang ‘isu peribumi’ di merata dunia.

Aliran pertama melihat masyarakat peribumi sebagai kelompok manusia tidak maju, kerana tidak mempunyai kebolehan memajukan diri. Ini amat tidak munasabah.

Aliran yang kedua menganggap masyarakat peribumi tidak mungkin dapat berdikari dengan mudah kerana mereka kolot, maka mereka patut sangat mengikut cara hidup masyarakat besar yang lain. Mereka tiada pilihan melainkan mengalir bersama mengikut aliran perdana (menurut jejak-jejak masyarakat mainstream).

Apakah ini mudah diterima? Di negeri Cina yang mengandungi 1.4 bilion penduduk, terdapat 105 juta penduduk peribumi. Mereka enggan berkongsi budaya bersama budaya teras Cina yang dianjur dan dilambangkan dari Beijing kerana budaya mereka adalah berlainan dari budaya di Beijing. Isu lain juga perlu ditimbang dengan teliti kerana kaitan dengan masalah persepsi masyarakat yang lebih maju. Perkara ini selalu dilupakan sebagai masalah yang perlu ditangani terlebih dahulu.

Weight0.1 kg
Dimensions23 × 15 × 0.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.