Out of stock

Perangai Bergantung pada Diri Sendiri

ZA‘BA (1895-1973) adalah penulis dan ahli fikiran serta ahli Bahasa Melayu yang paling terkenal pada hari ini di seluruh Malaya hingga ke Indonesia.

DBP (Edisi Khas Cetakan Kelima, 2022)
142 halaman termasuk Indeks

RM15.00

Out of stock

ISBN: 9789834602888 Product ID: 4299 Subject: Sub-subjects: ,

Perangai Bergantung pada Diri Sendiri merupakan naskhah terakhir Za‘ba yang membicarakan punca orang Melayu masih ketinggalan dalam banyak aspek kehidupan. Melaluinya, Za‘ba menyimpulkan, kelemahan sahsiah merupakan punca utama kelemahan sesuatu bangsa. Bagi Za‘ba, orang Melayu lemah kerana mereka tidak mempercayai kebolehan sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu bergantung harapan kepada orang lain. Katanya, orang Melayu lebih cenderung meminta bantuan dan pertolongan orang lain. Perangai Bergantung pada Diri Sendiri tidak diajukan oleh Za‘ba kepada mana-mana penerbit semasa hayatnya; sebaliknya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka lapan tahun selepas pemergiannya menghadap Ilahi. Mungkin Za‘ba berbuat begitu kerana sedar bahawa orang Melayu sukar menerima pandangannya yang kritikal.

Buku ini berfokus pada perangai orang Melayu yang paling dibenci oleh Za‘ba, iaitu terlalu bergantung kepada orang lain. Daripada perangai ini lahir sikap lain seperti tidak mahu berfikir sendiri dan tidak mahu menggunakan ilmu pengetahuan yang dapat meningkatkan ilmu mereka. Mereka lebih suka hidup tanpa berfikir walaupun sikap ini membawa akibat-akibat yang merugikan diri sendiri. Perangai Bergantung pada Diri Sendiri ini terbahagi kepada dua risalah, iaitu “Perangai Bergantung pada Diri Sendiri” dan “Kebajikan dan Kejahatan”. Terdapat empat bab dalam risalah “Perangai Bergantung pada Diri Sendiri”, iaitu: “Wajibnya bagi Mendapat Kejayaan”, “Kekurangan Kita dalam Sifat Ini”, “Fikiran, Kepercayaan dan Pegangan Agama”, dan “Bersendiri pada Ilmu dan Amalan”.

Dalam risalah seterusnya terdapat empat bab juga, iaitu “Fahaman yang Luas”, “Baik dan Jahat Tetap Ada”, “Fahaman yang Sempit”, dan “Kejatuhan Umat Islam dan Jalan Kepulihannya”. Kata Za‘ba, perangai suka bergantung pada orang lain timbul daripada dua faktor, iaitu tidak ada keyakinan pada diri sendiri, dan terbit daripada sikap yang digambarkan dalam simpulan bahasa, “seperti kutu di atas kepala”. Daripada sikap pertama, seseorang itu sentiasa menganggap dirinya rendah dan tidak ada kebolehan serta kemampuan.

Sikap kedua digambarkan kepada orang yang malas, yakni tidak mahu berusaha dengan menggunakan tenaga dan akal fikiran sendiri. Mereka hanya mengharapkan rezeki daripada orang lain. Sikap itu menyebabkan orang Melayu tidak mahu berikhtiar dan berusaha sebaliknya mengharapkan bantuan orang lain. Za‘ba membandingkannya dengan sikap orang luar yang datang untuk bermastautin di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British. Perangai orang Melayu mengharapkan bantuan bukan sekadar dalam hal yang berkaitan dengan kehidupan dunia malah urusan alam baqa. Za‘ba tidak bersetuju dengan adat “fidyah” yang diadakan bagi orang yang sudah meninggal dunia, kerana dalam menjalankan adat ini kita seolah-olah “membayar hutang” kepada Allah bagi pihak si mati yang tidak beribadat ketika hidup.

Satu lagi sifat buruk yang ditonjolkan oleh Za‘ba adalah orang Melayu menerima secara membuta tuli pandangan tok guru bagi hal yang berkaitan dengan agama walaupun yang diajarkan itu tidak ada nasnya. Za‘ba menggalakkan orang Melayu supaya meningkatkan pengetahuan dengan mempelajari ilmu-ilmu lain supaya dapat menajamkan akal fikiran. Dalam memperkatakan antara baik dengan jahat, Za‘ba mengenal pasti bahawa sesuatu yang baik atau jahat dalam perangai manusia mempunyai kemungkinan berubah; yang baik menjadi jahat dan sebaliknya. Beliau mengambil contoh sikap riak, yang pada mulanya kelihatan sebagai kebajikan tetapi disertai sikap menunjuk, lalu beralihlah kebajikan menjadi kejahatan.

Za‘ba turut menghuraikan penyempitan makna kebajikan dan kejahatan yang boleh menyebabkan salah tafsir dan salah faham bagi konsep-konsep tertentu. Contohnya sedekah yang disempitkan maksudnya sedangkan dalam Islam, konsep sedekah lebih daripada sekadar menghulurkan sesuatu barangan. Begitu juga penyempitan makna pada amal jahat yang hanya dieertikan sebagai “kerja-kerja maksiat atau melanggar larangan-larangan agama yang membuahkan dosa dan balasan neraka”. Dalam bab “Kejatuhan Umat Islam dan Jalan Kepulihannya”, Za‘ba menyatakan bahawa kejatuhan umat Islam berpunca daripada kehilangan ‘izzah, yakni kekuasaan dan kekuatan yang patut ada dalam masyarakat Islam. ‘Izzah hilang kerana orang Islam tidak mahu berfikir, berusaha, berijtihad dan mengikut sunah Rasulullah SAW.

Karangan yang terhasil puluhan tahun lalu ini memancarkan pengetahuan mendalam Za‘ba tentang Islam, terutamanya tentang akhlak. Beliau mengupas ayat-ayat al-Quran dengan cukup jelas, dalam bahasa yang difahami oleh orang biasa dalam zamannya. Contoh-contoh akhlak dan sikap orang Melayu yang berlaku pada zaman sebelum merdeka masih ada pada hari ini. Beliau memberikan contoh orang bertaklid buta yang bukan sahaja dalam bidang agama malah dalam bidang pengetahuan yang lain. Walaupun sudah dikarang begitu lama, ternyata kandungan buku ini masih relevan dengan kehidupan orang Islam/Melayu pada hari ini. Banyak perkara yang disentuh wajar dijadikan iktibar supaya orang Melayu akan berubah perangai dan menjadi bangsa yang dihormati dalam perkara yang berfaedah.

Kata Pengantar
Pengenalan

Risalah Kedua
PERANGAI BERGANTUNG PADA DIRI SENDIRI

1. Wajibnya bagi Mendapat Kejayaan
2. Kekurangan Kita dalam Sifat Ini
3. Fikiran, Kepercayaan dan Pegangan Agama
4. Bersendiri pada Ilmu dan Amalan

Risalah Ketiga
KEBAJIKAN DAN KEJAHATAN

1. Fahaman yang Luas
2. Baik dan Jahat Tetap Ada
3. Fahaman yang Sempit
4. Kejatuhan Umat Islam dan Jalan Kepulihannya

Indeks

Weight0.215 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 3 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  2. Abdul Halim (Verified Reader)

    (0) (0)
  3. Nurul Azman (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Rahsia Ejaan Jawi (Edisi Ejaan Rumi)

    Rahsia Ejaan Jawi (Edisi Ejaan Rumi)

    RM60.00
  • Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan
    Out of stock

    Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan

    RM12.00
  • Anak Raja dengan Anak Papa

    Anak Raja dengan Anak Papa

    RM40.00
  • Kalung Bunga Za'ba
    Out of stock

    Kalung Bunga

    RM25.00