Sebermula, Maka Tersebutlah… Sebuah Hikayat Diri

MUHAMMAD HAJI SALLEH adalah penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997.

DBP (Cetakan Pertama, 2021)
264 halaman termasuk Glosari dan Indeks

RM30.00

In stock

Sebermula, Maka Tersebutlah… Sebuah Hikayat Diri merupakan naskhah autobiografi yang memperkenalkan salasilah Nusantara dan perjalanan awal Muhammad Haji Salleh, pengarang, sarjana dan Sasterawan Negara terkenal. Dari sekolah di Seberang Perai, beliau memasuki Maktab Melayu, dan setelah itu mengajar sementara di dua buah sekolah. Setelah itu, beliau ke Maktab Perguruan Brinsford, Wolverhampton, England. Akar pengalamannya diasaskan di kampung, pada bahasa Melayu, Arab dan Inggeris. England, Ireland dan Eropah mengajarnya berdebat dan berdialog dengan tradisinya, tetapi bangga dengan budaya dan bahasanya, dan oleh itu beliau menulis dalam dua bahasa.

Muhammad Haji Salleh ialah seorang pengembara tegar—dan beliau sudah sampai hampir ke semua negara Eropah Barat sebelum 25 tahun usianya. Beliau melihat wajah dan jiwa bangsa yang pernah menjajah, korpus dan pentas sasteranya di rumah mereka sendiri. Di sinilah beliau mula menjadi manusia multibudaya dan pascakolonial. Inilah bumbu awal yang menumbuhkan wataknya, bakat penulisan dan dunia rujukan yang luas serta terbuka. Karya-karyanya mengumpulkan mutu manikam dan keindahan dari Timur dan Barat serta titik-titik pemikiran yang relevan dan cemerlang.

Muhammad Haji Salleh sudah menerbitkan 55 buah karya puisi, kritikan, biografi, transkripsi teks klasik, terjemahan, teori dan travelog. Dengan pengalaman kembara ilmu dan sastera ke lebih 70 buah negara, maka hasil penanya juga sangat luas dan rencam kerana beliau percaya bahawa dunia ini juga dunianya, dan harus diambil manfaat dan makna daripadanya.

Prakata

Bab 1 — Salasilah Menyeberang Selat dan Lembah
Di Sumatera Asal Mula
Turun dari Patani, Diilmukan di Bukit Lada
Ke Kedah di Sana Ada Asal
Hashim bin Mat, ADC (Aide-De-Camp) Tunku Abdul Rahman di Kuala Nerang
Di Bawah Sejuk Bayu Bukit Mertajam
Seorang Bayi di Tepi Belantara: Zaman Awal (1940-an)

Bab 2 — Di Kaki Gunung Bubu
Dua Bersaudara Menempuh Ombak Selat
Ke Semenanjung, di Sana Getahnya Mahal
Setelah 10 Tahun Madiso Menunaikan Haji
Perjalanan dan Kehidupan di Makkah
Kehidupan di Makkah

Bab 3 — Ke Temerlok dan Dunia Baharu Seberang Perai
Sungai Aceh: Di Mana Acehnya? Perniagaan Kecil pada Zaman Perang
Di Sungai Aceh Semasa Kecil: Kehidupan antara Bau Ikan Kering, Air Sawah dengan Cempaka
Sungai Aceh, Dunia Membesar
Bersekolah Bersama-sama Kambing
Dunia Seni dan Mimpi pada Awal 1950-an
Dunia ialah Sebuah Alam Terbentang
Belajar Jadi Perantau: Sungai Aceh
Dunia di Seberang Kampung
Di Bukit, Waktu Berkejar Laju (1955-1957)
Bermula daripada Khayalan
Seronok Anak di Bukit Mertajam
Mematang di Atas Bukit
Tempat Membesar dan Memanjangkan Tulang
Pada Hari Merdeka Pertama

Bab 4 — Bersekolah di Kuala Kangsar
Malay College (1958-1959)
Di Seberang Sempadan Ilmu

Bab 5 — Di Pinggir Hutan Takdir
Alor Setar, Seberang Perai dan Bagan Serai

Bab 6 — Berlatih Jadi Guru di Negeri Orang Putih
Terbang dengan Takdir: Ke Brinsford
Makna Dingin di Tepi Arktik
Tiba dalam Salju England Terdingin
Latar Sosial dan Politik Britain (1963-1964)
Latihan Mengajar Pertama
Kembara-Tumpang: Perancis
Di Gunung Pengalaman
Seorang Pelajar di Netherlands
Ke Jantung Amsterdam
Ke Selatan Britain
Ke Isle of Wight
Daerah Tasik dan Scotland
Ke Ireland, Utara dan Selatan
Melalui Wales
Kembali ke Brinsford
Riwayat Seorang Calon Pengarang
Apakah yang Saya Dapat dari Brinsford?

Glosari
Indeks

Weight0.31 kg
Dimensions21.6 × 14 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Adnan A. (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Pandangan Dunia Melayu Pancaran Sastera
    Out of stock

    Pandangan Dunia Melayu Pancaran Sastera

    RM30.00
  • Puitika Sastera Melayu

    Puitika Sastera Melayu

    RM40.00
  • Sebuah Lembah Kunamakan Tanah Air
    Out of stock

    Sebuah Lembah Kunamakan Tanah Air

    RM50.00
  • Seeking Hang Tuah

    Seeking Hang Tuah

    RM52.00
  • Romance and Laughter in the Archipelago: Essays on Classical and Contemporary Poetics of the Malay World
    Out of stock

    Romance and Laughter in the Archipelago: Essays on Classical and Contemporary Poetics of the Malay World

    RM80.00
  • Pantun: The Poetry of Passion

    Pantun: The Poetry of Passion

    RM42.00
  • Kembara Mencari Sempadan: Catatan Seorang Penyair

    Kembara Mencari Sempadan: Catatan Seorang Penyair

    RM58.00
  • Salju Shibuya Muhammad Haji Salleh
    Out of stock

    Salju Shibuya

    RM15.00