Sukma Angin

ARENA WATI (b. 1925 – d. 2009) adalah penerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1988.

DBP (Cetakan Kedua, 2021)
446 halaman termasuk Glosari

RM42.00

In stock

Product ID: 26325 Subjects: , Sub-subject:

Sukma Angin menggambarkan kekuasaan politik Melayu masa silam dan kebijaksanaan Melayu menguasai teknologi perkapalan dan pelayaran laut dalam dengan penentangannya terhadap Penjajah Hindia-Belanda dan Jepun. Arena Wati menulis Sukma Angin dalam konteks Melayu mula kehilangan jati dirinya atau kehilangan akar sejarahnya yang diremangi oleh ekstasi kehidupan terkini yang cuba memadamkan semangat nasionalisme. Sukma Angin bukan sekadar riwayat sebuah kapal. Ia merakamkan keagungan bangsa Melayu dalam ritual, ilmu serta seni pertukangan, pelayaran dan perniagaan maritim.

Arena Wati mengimbas keagungan lampau itu dalam hubungan Sukma Angin sebagai "kapal dagang Melayu tradisional yang terakhir". Oleh itu, novel ini meninggalkan kesan nostalgia, juga rasa benci terhadap penjajah yang berhasrat untuk melumpuhkan penguasaan maritim bangsa Melayu rantau ini. Dunia protagonis novel ini ialah dunia Melayu dan Eropah, watak yang mengerti akan agama dan budayanya; seca prihatin terhadap perjuangan kemerdekaan yang dijalin dengan begitu terperinci, indah lagi dramatik.

Cakupan pemikirannya amat memikat, sehinggakan apabila protagonis samudera bernama Sukma Angin, berganding dengan pelaut telah berhasil mengapungkan suatu renungan seni dan intelektual tentang budaya, sejarah dan falsafah yang segar. Dalam kesusasteraan Melayu moden belum ada pengarang yang boleh menandingi Arena Wati dalam menggambarkan dan menghidangkan dunia pelaut sebagai cereka. Kearifan pengarang mengeksploitasi ilmu maritim ke dalam cereka menjadikan Sukma Angin menarik dan wajar dibaca serta dihayati oleh pembaca daripada pelbagai latar belakang kehidupan.

Weight0.47 kg
Dimensions20.2 × 13.6 × 2.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 1 of 1 review (5 star). See all 1 review
  1. Zulkifli Sukor (Verified Reader)

    novel berat yg baik dan bagus utk ditelusuri ayat dan rasa yg ingin disampaikan.. penerimaan buku dlm keadaan baik atas keprihatinan tuan bagi kepuasan koleksi pembaca

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.