Teori Asas Nahu

ASMAH HAJI OMAR

DBP (Cetakan Pertama, 2015)
367 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

In stock

Product ID: 26900 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Teori Asas Nahu memberi petunjuk bagaimana caranya menganalisis sesuatu unit dalam nahu pada peringkat morfologi dan sintaksis, dengan menggunakan teori yang berbeza-beza, dan dengan menerangkan falsafah yang mengasaskan sesuatu teori. Tumpuan diberi kepada tiga aliran utama, iaitu aliran linguistik moden, aliran transformasi generatif (TG), aliran sistemik-fungsional, tanpa mengabaikan aliran lain seperti nahu kognitif. Sumber bagi contoh-contoh yang dianalisis ialah bahasa aglutinatif (bahasa Melayu, Jawa dan Iban), dan bahasa fleksi (bahasa Inggeris, Arab, Parsi, dan Sanskrit). Dengan mengambil contoh bahasa-bahasa ini, dapat diperlihatkan pertalian antara fonologi dengan nahu, menunjukkan bahawa fonologi mempunyai peranan yang penting dalam nahu.

Dalam tahun 2011, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan buku bertajuk Teori dan Kaedah Nahu: Sejarah Pertumbuhan Aliran Pemikiran. Seperti yang tergambar pada tajuknya, buku ini memberi huraian pertumbuhan berbagai-bagai aliran linguistik, terutama sekali yang terdapat dalam arus perdana, dari segi falsafah dan penerapan teori tiap-tiap satunya.

Aliran-aliran pemikiran itu, sungguhpun berbeza dari pernyataan teori dan aspek-aspek tertentu dalam kaedah analisis masing-masing, memperlihatkan bahawa masih terdapat di dalamnya konsep-kosep asas yang dikongsi bersama. Selain itu, jika ada penyimpangan yang satu dari yang lain, penyimpangan itu dapat dikesan kembali kepada falsafah yang melatari aliran berkenaan, data yang digunakan, dan matlamat ilmu linguistik yang diperkembangkannya. Faktor persamaan dan perbezaan antara aliran-aliran itulah yang penulis bincangkan dalam jilid yang ada sekarang, iaitu Teori Asas Nahu.

Dalam memperlihatkan faktor-faktor berkenaan, penulis mengambil contoh dari berbagai-bagai bahasa, yang serumpun dengan bahasa Melayu, dan juga yang berbeza rumpun. Penggunaan data dari bahasa-bahasa yang pelbagai sistem dan strukturnya, membolehkan penulis membincangkan aspek-aspek sistem dan strukur yang ada dalam bahasa manusia dengan lebih jelas. Bagi pengkaji dan penuntut linguistik, contoh-contoh yang pelbagai sumbernya itu memberi lebih banyak manfaat kepada mereka dalam mengenal sesuatu teori dengan baik, dan dengan itu dapatlah mereka menerapkan sesuatu teori itu dengan lebih yakin.

Juga kita harus ingat bahawa pengemuka sesuatu teori itu menggubal teorinya berdasarkan data yang ada padanya. Noam Chomsky menggubal teorinya berdasarkan data bahasa dari bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah. R.J. Firth, pengemuka teori konteks situasi yang merupakan ciri khusus linguistik aliran London/British menggunakan data dari bahasa orang Pulau Trobriand di Lautan Pasifik, yang diperolehnya daripada sahabatnya, Bronislaw Malinowski. Pengikut Firth, iaitu M.A.K. Halliday memperkembang teori yang berasal dari Firth dengan menggunakan teks-teks dalam bahasa Inggeris yang diambil daripada berbagai-bagai genre, dan dengan itu dia dapat membawa teori baharu, iaitu teori sistemik-fungsional. Tetapi teori ini masih memperlihatkan benih-benih awal yang disemai oleh Firth.

Prakata

Bab 1 Teori, Hipotesis, Kaedah

Bab 2 Pengertian Nahu

Bab 3 Unsur Bahasa dalam Nahu

Bab 4 Morfem dan Morfemik

Bab 5 Morfologi dan Pembentukan Kata

Bab 6 Kajian Kata: Tipologi, Kelas, Sistem, Kategori

Bab 7 Fraseologi: Pola, Struktur, Sistem

Bab 8 Klausa dan Ayat: Pandangan Minimalis dan Maksimalis

Bab 9 Penamat Kata

Bibliografi
Indeks

Weight0.472 kg
Dimensions21.4 × 13.9 × 2.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Za'ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa

    Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa

    RM35.00
  • Rekonstruksi Kata dalam Bahasa Melayu Induk

    Rekonstruksi Kata dalam Bahasa Melayu Induk

    RM20.00
  • Riwayat Ungku Aziz
    Out of stock

    Riwayat Ungku Aziz

    RM50.00
  • Encyclopedia of Malay Language and Linguistics

    Encyclopedia of Malay Language and Linguistics

    RM150.00