Syair Dukana Lubaba adalah sebuah syair panjang mengisahkan Lubaba, isteri kepada Abal Fadl Abbas yang menjadi saksi mata tragedi di padang Karbala. Dalam perjalanan ke Iraq, Lubaba mendendangkan rangkaian Syair Adam; dan Syair Noh untuk didengar oleh anak-anak bagi melekakan mereka oleh jauh pengembaraan. Syair- syair tersebut mengisahkan penciptaan Nabi Adam a.s, kejadian di syurga dan turunnya baginda ke bumi sehinggalah peristiwa pembunuhan Habil. Manakala Syair Noh pula mengisahkan dakwah Nabi Noh untuk mengajak umatnya kepada Allah tetapi dipersendakan dan bagaimana baginda beroleh wahyu untuk membina bahtera. Selepas melihat peristiwa Karbala, Lubaba turut mengikut rombongan Zainab iaitu adik Saidina Hussein ke Kufah, Damsyik dan pulang ke Madinah.
Syair Dukana Lubaba
FAISAL TEHRANI adalah penulis novel sohor di Malaysia, yang telah menghasilkan jujukan karya fiksyen dan bukan-fiksyen. Beliau juga sekarang berkhidmat sebagai pensyarah dan penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.
DuBook (Cetakan pertama, 2023)
186 halaman termasuk Nota
RM35.00
Out of stock
1. Syair Dukana Lubaba
2. Nota Hujung
Weight | 0.17 kg |
---|---|
Dimensions | 18 × 12.6 × 1.3 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet