Pilihan Raya Negeri ke-15: Terhad atau Sejagat membincangkan aspek pembangunan politik dan dalam konteks ini adalah pembangunan politik Malaysia dengan merujuk kepada proses pilihan raya enam negeri yang berlangsung pada 12 Ogos 2023. Dalam erti kata lain, tujahan utama yang menjadi fokus kepada buku ini adalah aspek pembangunan politik khususnya tentang proses pilihan raya, tingkah laku pengundi, budaya politik dan nilai-nilai tradisional lokal seperti keetnikan, agama serta kewilayahan dalam konteks pembangunan politik Malaysia itu sendiri. Aspek yang dikupas dalam buku ini merupakan isu terkini yang menunjangi perkembangan politik Malaysia pasca COVID-19.
Persoalan Pembangunan Politik Malaysia pasca COVID-19 yang juga terkait dengan perihalan pengurusan kenegaraan seperti budaya politik, kepercayaan politik, tingkah laku politik, kestabilan politik, perpaduan kaum, elit politik, politik dan keselamatan serta unsur Islam, Melayu dan politik yang mendasari politik Malaysia yang penting digalurkan sebagai korpus ilmu yang penting kepada sesiapa sahaja yang ingin memahami budaya politik Malaysia di dalam kerangka intelektual Pembangunan Politik. Buku ini tidak keterlaluan untuk dinyatakan sebagai satu hasil wacana penting dalam memartabatkan bidang penyelidikan dalam korpus ilmu politik dan pilihan raya yang antara lain memfokuskan kepada persoalan Proklamasi Melayu, Gelombang Hijau, Gelombang Merah, Elit Melayu, Kedah dalam pilihan raya, identiti sosial, politik kewilayahan, Malaysia Madani dan pola pengundian.
Reviews
There are no reviews yet