Out of stock

Ghairah Dunia dalam Empat Baris: Sihir Pantun dan Estetikanya

MUHAMMAD HAJI SALLEH adalah penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997.

ITBM (Cetakan Kedua, 2018)
265 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM33.00

Out of stock

Ghairah Dunia dalam Empat Baris: Sihir Pantun dan Estetikanya mengumpulkan 11 esei yang menggalur sejarah kelahiran pantun dan perkembangannya, mengumpul dan membincang istilah ‘pantun’ dan padanannya dalam banyak bahasa dan dialek. Penulis memeta struktur dan jaringan bunyi serta muzik yang menawan penggubah dan khalayaknya, serta metamorforsisnya ke dalam bentuk lagu, pengkisahan, dan juga dalam bentuk antarabangsa, pantoum. Selain itu penggunaan pantun di Perancis, negara Eropah yang paling tertawan oleh bentuk ini, juga diberikan ruang khususnya.

Pada pendapat penulis dalam bentuk pantunlah dapat ditemukan genius sastera bangsa-bangsa di dunia Melayu. Di sinilah juga kita dapat menatap roh bangsa-bangsa di Asia Tenggara, kehalusan perasaan, keakaraban dengan alam, dan di belakangnya, kecanggihan seni dan falsafah yang luar biasa. Esei-esei tentang estetika pantun ialah salah satu sumbangan unik beliau kepada pengajian sastera Melayu-Nusantara. Sementara itu esei-esei ini dapat dilihat sebagai di antara penerokaan terbaru dan terasli dalam kajian bentuk ini.

Penulis menggeledah warisan purba ini dan cuba melakarkan amalan berpantun di beberapa daerah di dunia Melayu-Nusantara—termasuk di Perlis, Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Kutai dan juga Ternate, Manado, Loloan dan Gorontalo, dan cuba melakarkan sihirnya. Hasilnya cukup berjaya melukis rupa dan jiwa bentuk kesayangan ini.

Dalam proses pencarian ini, penulis menemui haiku, tanka dan renga; sonnet dan iambic pentameter. Penulis teruja dengan bentuk seloka dalam Ramayana, selain klon dan Thailand. Namun yang paling indah, berahsia dan tidak pudar-pudar gemerlapnya melalui masa atau budaya, tidak lain dan tidak bukan ialah dari bentuk Melayu-Nusantara: pantun.

Banyak yang dapat dikaji dan diperikan tentangnya. Banyak yang dapat diselidiki dan dikongsikan tentangnya. Di intinya kita dapat membaca roh bangsa-bangsa di bahagian kepulauan Asia Tenggara, kehalusan dan kecanggihannya. Sebahagian daripada cubaan penulis untuk menulis teori sastera Melayu, yang akhirnya diterbitkan sebagai Puitika Sastera Melayu, muncul daripada kekaguman penulis terhadap pantun. Estetikanya luar dari biasa; dipadatkan ke dalam suatu hablur yang hanya terdiri daripada empat baris/citra. Bentuknya pula paling sempurna. Ini semua ialah dasar dan pencapaian sastera serta estetika sastera Asia Tenggara.

Fungsinya juga berpuluh-puluh. Daripada ejekan anak-anak, hinggalah kepada alatan menggoda, bercinta dan berbincang tentang sesuatu hubungan kasih sayang. Sementara itu bentuk ini dapat menyesuaikan dirinya kepada berbagai-bagai kelompok manusia daripada berbagai-bagai peringkat umur. Anak yang berumur 10 tahun dapat menikmatinya, seperti juga datuknya yang memilin pandangan dunianya ke dalam rangkap-rangkap yang digubahnya.

Dan tidak lupa juga bahawa bentuk ini memasuki atau diambil oleh puluhan budaya dan bahasa—tidak kurang daripada 50 semuanya. Pantun mudah pula disesuaikan dengan bahasa dan persekitaran barunya. Ini juga sebahagian daripada sifat unik keluwesannya.

Pendahuluan

Sebuah Pengenalan

Kurik Kundi, Merah Saga: Pantun Lisan Malaysia

Pantun Minangkabau Pada Akhir Abad ke-19 (Kumpulan Ophuijsen)

Bila Terkenang Zaman Dahulu: Pantun Pulau Pinang

Estetika Pantun Melayu

Perayaan Metafora

Mengutip Alam di Sumatera

Dalam Daun Ada Bicara: Falsafah Alam Pantun Melayu

Ghairah Dunia dalam Empat Baris: Pantun sebagai Bentuk Bersama

Cinta di Sepanjang Melayu-Nusantara

Jenaka Seputar Gugusan, Pantun Selaut Nusantara

Pantun Penjinak Globalisasi

Sarjana Perancis dan Pantun Melayu

Bibliografi
Indeks

Weight0.419 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 2.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.