Out of stock

Hikayat Malim Deman

Diceritakan oleh PAWANG ANA dan dikarang oleh RAJA HAJI YAHYA

DBP (Ulang Cetak, 2016)
113 halaman termasuk Glosari

RM10.00

Out of stock

Hikayat Malim Deman merupakan kisah lisan yang diceritakan oleh Pawang Ana, dan disalin semula oleh Raja Haji Yahya, di Chenderiang, Perak Darul Ridzuan. Menurut kata-kata permulaannya, Hikayat Malim Deman itu “warita orang dahulukala: entahkan beberapa zaman lamanya cerita dibawa air yang hilir, angin yang lalu dan burung yang terbang”. Dengan nyata dan jelas tampak oleh kita pada. kata-kata ini bahawa hikayat ini hikayat lama, dan itulah sebabnya maka hikayat ini dalam sastera Melayu telah digolongkan kepada hasil-hasil sastera lama. Barangkali lebih baik lagi kalau istilah “sastera lama” itu diganti dengan “sastera klasik”, yang disamping bererti “lama”, juga mengandung erti yang lain, iaitu “biarpun berasal dari masa dahulu, tetapi masih tetap berharga”, kerana Hikayat Malim Deman sangat tinggi mutunya, dan hal ini terbukti kerana hikayat ini sangat laku dan digemari orang sehingga Hikayat Malim Deman tersiar di daerah yang sangat luas biarpun dalam bentuk yang berlainan dan disesuaikan dengan keadaan setempat.

Untuk dapat mencipta cerita yang baik, diperlukanlah fantasi. Fantasi itu sebenarnya suatu pembawaan yang tidak dipunyai oleh setiap orang. Gambaran objektif pada umumnya tidak berapa menarik hati, dan sebagai cerita tidak dapat menimbulkan minat dan perhatian kepada orang yang mendengarkannya, Suatu cerita tidak perlu mempunyai sifat yang dianggap sebagai sifatnya yang pertama bahawa apa yang diceritakan itu benar dan betul terjadi. Di sini berlaku ukuran-ukuran yang lain lagi: suatu cerita harus memenuhi beberapa syarat tertentu dengan sedemikian rupa sehingga orang mahu tidak mahu mesti mendengarkannya. Salah satu daripada syaratnya ialah bahawa seberapa mungkin isi cerita itu mestilah dapat diterima, atau dengan perkataan lain: harus masuk akal.

Maka apabila kita, manusia abad ke-20 sekarang membaca Hikayat Malim Deman dengan mengingat akan latar belakangnya dan keadaan masyarakat zaman dahulu, dapatlah kita menikmatinya sebagai sebuah hasil sastera yang sangat tinggi mutunya. Siapa yang telah mencipta hikayat ini, tidaklah diketahui. Pencipta hikayat ini telah hilang di kabut sejarah dengan tidak bernama. Tetapi hikayatnya telah menjadi hikayat yang termasyhur dalam beberapa bahasa, dan diteruskan dengan secara lisan, mungkin berabad-abad lamanya, oleh penglipur-penglipur lara yang turut mengindahkan bentuknya serta mempertinggi mutu seninya, sampai pada akhirnya hikayat ini dijadikan buku dan dicetak sehingga dengan jalan demikian teksnya tidak dapat mengalami perubahan-perubahan lagi.

Weight0.153 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.7 cm
Format

Class

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.