Nahu Melayu Mutakhir

ASMAH HAJI OMAR adalah pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za’ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

DBP (Edisi Kelima, Cetakan Ketiga, 2015)
475 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

In stock

Product ID: 26507 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Nahu Melayu Mutakhir menggunakan kaedah sistemik-fungsional, yang sememangnya bersifat maksimalis dalam menerangkan penggunaan bentuk-bentuk bahasa berdasarkan sistem bahasa Melayu serta fungsi bentuk-bentuk itu dalam unsur-unsur nahu seperti frasa, klausa dan ayat. Pada masa yang sama pendekatan nahu dalam buku ini bersifat eklektik, yakni menerapkan juga aspek-aspek yang relevan dari aliran struktural, medan makna, analisis komponen makna, sosiolinguistik, wacana, dan linguistik sejarah, di mana perlu, untuk menerangkan pembentukan sesuatu unsur itu. Dengan cara ini panduan mengapa sesuatu bentuk boleh diterima atau sebaliknya dapat diterangkan dengan jelas.

Buku ini telah pertama kali dicetak dalam tahun 1980, ketika Dewan Bahasa dan Pustaka memerlukan satu buku nahu rujukan yang menyeluruh sifatnya bagi penggunaan atau lebih tepat rujukan para pengkaji bahasa dan juga penulis buku nahu untuk berbagai-bagai tujuan, dan antaranya ialah menyediakan buku-buku pengajaran bahasa.

Natijahnya, konsep-konsep penting yang dikemukakan dalam buku nahu ini sudah pun diterapkan dalam buku-buku pengajaran bahasa, termasuk buku-buku teks pengajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Di samping itu, banyak kajian bahasa, terutama sekali tesis pada peringkat sarjana dan Doktor Falsafah menggunakan buku ini sebagai rujukan utama dalam menerangkan sesuatu gejala bahasa, baik pada peringkat morfologi mahupun sintaksis. Semuanya ini menunjukkan bahawa nahu seperti yang dipaparkan dalam buku ini boleh dengan mudah difahami dan dengan itu juga dapat dengan mudah diterapkan dalam menerangkan sesuatu bentuk bahasa yang timbul dalam penggunaan bahasa yang sentiasa berubah-ubah, berdasarkan pembaharuan pemaknaan yang berlaku atau juga berdasarkan gaya bahasa semata-mata.

Sifat menyeluruhnya nahu terletak pada dua aspek. Aspek yang pertama ialah pada tajuk-tajuk nahu yang diperkatakan, baik pada peringkat morfologi mahupun pada peringkat sintuksis. Penyajian yang seperti ini mempunyai kemungkinan dilakukan disebabkan aspek kedua, iaitu pendekatan yang bersifat eklektik, yakni yang pada asasnya menggunakan teori sistemik-fungsional, tetapi juga pada masa yang sama menerapkan idea dari teori-teori lain (misalnya teori wacana), apabila idea-idea itu dapat menerangkan sesuatu gejala bahasa yang dihadapi. Dalam perkataan lain, nahu ini mengambil pendekatan yang maksimalis untuk mencapai tujuannya, di samping membawa mesej bahawa bahasa sebagai alat komunikasi dan lebih-lebih lagi sebagai alat pengungkapan fikiran hendaklah dilihat dari berbagai-bagai aspek perilaku manusia.

Sejak tahun 1993, iaitu tarikh penerbitan edisi keempat bagi buku ini, penerbitannya seolah-olah terhenti, sehinggalah edisi kelima ini. Walau bagaimanapun, keperluan akan buku ini juga tidak ada hentinya, jika didasarkan pada peminjaman yang berlaku di perpustakaan-perpustakaan dan rujukan-rujukan yang dibuat. Dengan itu sudahlah sampai masanya buku ini diterbitkan semula dalam edisi ini.

Agar supaya sifat “mutakhir”-nya nahu ini berkekalan, maka dalam edisi ini dimasukkan ciri-ciri pembaharuan yang berlaku dalam bahasa Melayu masa kini, khususnya dalam penggunaan bentuk-bentuk tertentu, baik pada kata mahupun ayat. Di samping itu, seperti dalam edisi-edisi yang lampau, komen-komen berhubung dengan penggunaan sesuatu gejala bahasa juga menjadi tumpuan utama dalam edisi ini. Sebagai contoh, ambillah penggunaan penjodoh bilangan buah yang dalam beberapa tahun kebelakangan ini digunakan sebelum kata nama tertentu yang sebelum itu tidak terdapat dalam bahasa Melayu penutur asli Melayu, misalnya sebuah cinta, sebuah ayat. Komen dalam Nahu Melayu Mutakhir tentu sahaja komen yang negatif, dan diberi sebabnya dari segi linguistik mengapa penggunaan yang seperti itu tidak boleh diterima oleh penutur Melayu asli.

Kata Pengantar Edisi Kelima
Kata Pengantar Edisi Keempat
Kata Pengantar Edisi Ketiga
Kata Pengantar Edisi Kedua
Kata Pengantar Edisi Pertama
Prakata Edisi Kelima
Prakata Edisi Keempat
Prakata Edisi Ketiga
Prakata Edisi Kedua
Prakata Edisi Pertama

Bab 1 Pendekatan

Bab 2 Morfem dan Penambahan

2.0 Definisi
2.1 Pewujudan Morfem
2.2 Alomorf
2.2.1 Jenis Alomorf
2.2.1.1 Alomorf Lingkungan
2.2.1.2 Alomorf Bebas
2.2.2 Alomorf Dasar
2.2.2.1 Pemilihan Alomorf Dasar
2.2.3 Ciri-ciri Alomorf

Weight0.802 kg
Dimensions22.3 × 14.7 × 3.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Za'ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa

    Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa

    RM35.00
  • Encyclopedia of Malay Language and Linguistics

    Encyclopedia of Malay Language and Linguistics

    RM150.00
  • Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah
    Out of stock

    Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah

    RM25.00
  • Teori dan Kaedah Nahu: Sejarah Pertumbuhan Aliran Pemikiran
    Out of stock

    Teori dan Kaedah Nahu: Sejarah Pertumbuhan Aliran Pemikiran

    RM30.00