Pemikiran Tokoh Ulama Banjar Kedah

SUHANIM ABDULLAH adalah pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun & Falsafah, Universiti Utara Malaysia.

Penerbit UTHM (Cetakan Pertama, 2014)
321 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM48.00

Only 1 left in stock

Pemikiran Tokoh Ulama Banjar Kedah memaparkan pengkisahan tentang sejarah dan peranan ulama di Kedah khususnya ulama Banjar. Buku ini turut membincangkan tentang sejarah kedatangan Islam ke Kalimantan Selatan dan Kedah. Seterusnya tumpuan diberikan kepada peranan ulama dalam pendidikan dan penulisan di Kedah. Selain itu, Pemikiran Tokoh Ulama Banjar Kedah juga membincangkan penulisan dan pemikiran tiga orang tokoh ulama berketurunan Banjar di Kedah iaitu Sheikh Muhammad Taib bin Mas’ud, Tuan Hussein bin Muhammad Nasir dan Ustaz Ahmad Fahmi bin Zamzam.

Buku ini dibahagikan kepada 5 bab. Pada bahagian pengenalan, dihuraikan dengan jelas sejarah pemikiran Islam dan tiga aliran pemikiran Islam yang utama. Pada bab 1, dibincangkan secara terperinci kedatangan Islam ke Kalimantan Selatan dan Kedah. Pada bab 2, dihuraikan peranan ulama di Kedah khususnya dalam bidang pendidikan dan penulisan. Bab 3 pula membincangkan penulisan dan pemikiran Sheikh Muhammad Taib bin Mas’ud iaitu seorang ulama yang hidup sekitar akhir kurun ke-19 Masihi. Bab 4 membincangkan penulisan dan pemikiran Tuan Hussein bin Muhammad Nasir iaitu seorang ulama yang hidup sekitar awal kurun ke-20 Masihi. Bab 5 memperkatakan tentang penulisan dan pemikiran Ustaz Ahmad Fahmi bin Zamzam iaitu ulama kontemporari.

Buku ini cuba memperlihatkan kesinambungan dan perubahan yang berlaku pada pemikiran ketiga-tiga ulama tersebut kerana perbezaan zaman mereka hidup. Dalam tempoh lebih kurang dua abad, negeri Kedah dan Kalimantan Selatan berkongsi menyaksikan kemunculan para ulama yang memainkan peranan besar dalam memberikan ilmu, memartabatkan bidang pendidikan agama, mencorakkan pemikiran dan membentuk budaya hidup masyarakat.

Matlamat penulisan buku ini ialah untuk membentuk sifat Ubudiyyah dan Akhlaq al-Karimah dalam kalangan para pembaca. Justeru buku ini bukan sahaja memberi penekanan kepada sejarah dan tamadun material serta intelektual, tetapi lebih memberi tumpuan terhadap pembentukan iman dan akhlak dalam kalangan masyarakat.

Weight0.527 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.3 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.