Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu

ASMAH HAJI OMAR adalah Profesor Linguistik Melayu di Universiti Malaya.

DBP (Edisi Kedua, 2021)
241 halaman termasuk Indeks

RM30.00

Only 1 left in stock

Product ID: 30667 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu meneroka sedikit sebanyaknya alam pemikiran Melayu dan pengalaman-pengalaman orang Melayu yang terakam dalam bahasanya, melalui penelitian terhadap bahasa kanak-kanak, khususnya dalam penuturan bahasa itu sebagai bahasa pertama dan juga bahasa orang dewasa. Tajuk mengenai bahasa, pengalaman dan pemikiran sudah lama diperkatakan oleh ahli-ahli falsafah, psikologi dan linguistik di Eropah dan Amerika. Beberapa teori dan hipotesis telah lahir daripada penyelidikan mereka terhadap bahasa kanak-kanak, bahasa orang dewasa, bahasa suku-suku kaum yang terpencil, bahasa kanak-kanak terencat akal, dan berbagai-bagai lagi.

Penelitian mengenai bahasa kanak-kanak itu dilakukan secara empiris dan perbincangan-perbincangan bertumpu pada pemerolehan unit-unit dan fungsi-fungsi bahasa. Beberapa penemuan penulis terhadap bahasa subjek penyelidikan penulis itu sesuai dengan apa yang terdapat dalam bahasa lain, tetapi di sana sini ada juga perbezaan, khususnya dalam penguasaan sistem bahasa secara kronologi, yakni menurut peredaran masa sesuai dengan peningkatan usia kanak-kanak. Ini memang sudah dapat dijangka kerana bahasa-bahasa berbeza dalam sistemnya, daripada satu bahasa ke bahasa yang lain.

Dalam memperkatakan bahasa orang dewasa, penulis memilih tajuk-tajuk tertentu yang dapat mengungkapkan cara pemikiran orang-orang Melayu dalam aspek-aspek tertentu, misalnya pemikiran orang Melayu dalam penghitungan, konsep-konsep ruang dan waktu, dan juga cara mengeluarkan arahan dalam bahasa tulisan, yakni dalam soal peperiksaan. Baik bagi bahasa orang dewasa mahupun bagi bahasa kanak-kanak, penulis melihat gejala-gejala yang berlaku daripada kaca mata prinsip kerelatifan bahasa (principle of linguistic relativity), yang menyatakan bahawa bahasa ialah teropong untuk mengenai alam sekeliling, dan bahawa sistem-sistem yang berbeza daripada satu bahasa ke bahasa yang lain itu menyebabkan penglihatan dunia yang berbeza-beza pula.

Penulis mengaku bahawa apa yang dihuraikan dan dibincangkan dalam buku ini hanyalah sebahagian sahaja daripada alam pemikiran Melayu. Keseluruhannya mustahil dicapai jika tidak diselidiki setiap aspek bahasa yang digunakan oleh orang-orang Melayu.

Prakata
Pendahuluan

BAB 1+++Bahasa, Pemikiran dan Alam Nyata

BAB 2+++Daripada Isyarat kepada Lambang dan daripada Pemikiran kepada Makna dan Pembudayaan

BAB 3+++Bahasa dan Pendidikan Kanak-kanak

BAB 4+++Pertumbuhan dan Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Melayu

BAB 5+++Dialek Kedah dan Penglihatan Dunia Penutur-penuturnya

BAB 6+++Budaya dan Penglihatan Dunia Orang Melayu dalam Konsep Bilangan

BAB 7+++Penggunaan Bahasa dan Ketepatan Maksud

Indeks

Weight0.286 kg
Dimensions21.3 × 13.9 × 1.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author