Bunga Darah Merah (Puisi Pilihan Usman Awang 2)

USMAN AWANG (b. 1929 – d. 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia.

Diselenggara oleh WAN NOR AZRIQ

ITBM (Cetakan Pertama, 2016)
68 halaman

RM20.00

In stock

If you purchase this book you will earn 4 points worth of RM0.40!
ISBN: 9789674603038 Product ID: 24888 Subjects: , Tag:

Bunga Darah Merah (Puisi Pilihan Usman Awang 2) menunjukkan sisi pejuang Usman Awang, kerana menerusi kumpulan puisi ini Usman Awang paling lantang berbicara dengan khalayaknya sebagai seorang penyair masyarakat. Dia menggubah bunga—dia menggubah puisi—dari pentas mimbar sebagai hadiah kepada pembacanya. Tetapi ini bukanlah bunga yang rakyat boleh selitkan di celah telinga tanpa merasai titisan darah luka mengalir turun dan membasahi kemeja putih di bahu.

Lalu bergemalah puisi-puisi perjuangan Usman Awang dalam Bunga Darah Merah. Kemerdekaan negara, kebebasan kaum petani, dan keamanan dunia adalah sebahagian daripada suara Usman Awang yang kedengaran dalam buku ini. Puisi bukan lagi senjata, tetapi sekuntum bunga berdarah di celah telinga.

Sesungguhpun sebahagian besar sajak dalam buku ini bersifat pertentangan, tetapi untuk melabelkannya sebagai sajak protes akan menyembunyikan peribadi sebenar Usman Awang sebagai manusia. Kita ingin menjadikan Usman Awang seorang Jebat yang melawan korupsi, tetapi sikap Usman Awang lebih menghampiri kebijaksanaan dan kehalusan bahasa seorang Tun Sri Lanang. Marahnya seorang Usman Awang tidak sama dengan marahnya seorang Ruhi Hayat dan marahnya seorang Kassim Ahmad. Kemarahannya adalah kedukaan seorang bapa terhadap nasib bangsanya dan kesedihan seorang anak terhadap masa depan tanah airnya.

Kata Pengantar
Catatan Penerbit

Menyerah Kalah
Kepada Teman Setaman
Kami Tetap Bekerja
Berdagang
Mahasiswa
Kita dan Sejarah
Politik
Awan Putih
Sahabatku
Bintang di Langit Zaman
Salut untuk Said Zahari
Pengembara yang Pulang
Melukis Rasa Melukis Cerita
Satu Mei
Kaum Buruh
Buruh
Selembar Kamus Kemiskinan
Suatu Orientasi
Penerokaan Abad Dua Puluh
Kurang Ajar
Dunia Sejahtera
Aliran Hidup
Surat pada Petani
Salam Benua
Berita dari Kampung
500 Mereka
Gema
Orang Tak Berbaju
Duri dan Api
Keranda 152
Malam di Balai Budaya
Guru O Guru
Kami Anak Zaman Ini
Kambing Hitam
Megah dengan Pangkat
Surat
Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?
Dato’ Onn
Derita
Bunga Popi
Di Bawah Bayang Tulip Merah
Dunia yang Senyum
Cerita Banjir
Suara Blues
Kekallah Perdamaian
Khabar dari Asia
Sebuah Tesis Sejarah
Malaya-Indonesia
Jiwa Hamba
Robohnya Kota Melaka

Weight 0.083 kg
Dimensions 18.2 × 11.2 × 0.6 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bunga Darah Merah (Puisi Pilihan Usman Awang 2)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More from this Author

  • Peranan Intelektual

    Peranan Intelektual

    RM18.00
  • Patah Tumbuh

    Patah Tumbuh

    , RM22.00
  • Turunnya Sebuah Bendera
    Out of stock

    Turunnya Sebuah Bendera

    , RM75.00
  • Yang Nakal-Nakal
    Out of stock

    Yang Nakal-Nakal

    , RM35.00
  • Kekasih
    Out of stock

    Kekasih

    , RM35.00
  • Petala 7 Sasterawan Negara

    Petala 7 Sasterawan Negara

    , RM60.00
  • Dua Pesisir: Antologi Cerpen Malaysia-Indonesia

    Dua Pesisir: Antologi Cerpen Malaysia-Indonesia

    , RM35.00