Out of stock

Pantun dari Tujuh Tanjung

MUHAMMAD HAJI SALLEH adalah penerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1991.

Penerbit USM (Cetakan Pertama, 2018)
97 halaman termasuk Glosari

RM44.00

Out of stock

Product ID: 24842 Subjects: , Sub-subject:

Pantun dari Tujuh Tanjung merupakan persembahan Muhammad Haji Salleh sebagai penyair moden dalam suatu bentuk yang sangat indah. Mungkin sebagai pengimbang zaman, peribadi, dan jati diri. Pada pantun ada sihir yang tidak kita dapat pada syair atau puisi moden, malah ada juga lagu dan muzik padanya. Penulis sudah lama terkesan oleh kepintaran dan kebijaksanaannya. Sudah selama sekitar 50 tahun. Penulis memerhatikan pemantun, memerhati manusia, melukis takdirnya dan membayangkan bentuk kehidupan dan mencari maknanya. Inilah yang dilakukan mereka ratusan malah ribuan tahun. Tetapi untuk berlaku adil, kita juga mendapati bahawa mereka juga ghairah merakam sudut ringan dan jenakanya, dan sudut sindir serta ironinya. Dalam pada itu tidak ada bentuk sesempurna pantun dalam sastera dunia.

Setelah lama mengkaji pantun, penulis juga sering diuji informan yang melontarkan bait-bait untuk beliau jawab. Dan penulis berusaha untuk berbuat demikian—dengan sangat lambat dan hasil yang sederhana. Sewaktu dalam perjalanan panjang ke mana-mana, penulis selalu menulis puisi. Dan kadang-kadang lagu pantun mengambil alih — maka penulis pun mengarang pantun. Pantun-pantun ini ditulis dalam jangka waktu yang panjang juga sekitar 30 tahun, iaitu sejak 1980-an.

Sebahagian pantun-pantun ini ditulis di beberapa tempat di Malaysia—termasuk Langkawi, USM dan Kuala Lumpur. Sebahagiannya, yang tidak kecil jumlahnya, ditulis di Indonesia—Malang, Medan, Surabaya, Ambon dan Bali serta Lombok. Di Amerika pula pantun penulis tumbuh di Seattle, Ann Arbor, New Haven dan Cambridge, MA. Pantun-pantun ini kadang-kadang tertanam dalam peristiwa dan lokasi.

Tetapi banyak pula di antaranya ialah pantun umum yang merenung kehidupan yang berlalu di depan dan di sisi penulis. Kerana pantun ialah sebagai kamera segera yang dapat memotret peristiwa dan fikiran yang cepat dan tajam. Yang memberikan kita peluang untuk mencatat perasaan, watak-watak yang menghuni hari-hari penulis. Tetapi pemantun diberikan kebebasan untuk mentafsir, mengenakan pandangan dan mewarnakan pengalamannya.

Prakata

Menyambut tetamu

Di Amerika Syarikat
— Seattle
— Cambridge, MA
— New Haven, Yale

Di Brunei

Di Indonesia
— Samalanga
— Medan
— Palembang
— Universitas Perguruan, Palembang
— Bali
— Tabanan
— Lombok
— Surabaya
— Malang
— Jakarta
— Ambon
— Palangkaraya
— Banjarmasin
— Pontianak
— Lambun Mangkurat, Banjarmasin

Di Jepun
— Kyoto
— Amanohashidate

Di Jerman
— Universiti Goethe, Frankfurt

Di Malaysia
— USM, Pulau Pinang
— Jerejak
— Langkawi
— Perak
— Negeri Sembilan
— Kelantan
— Pahang
— Perlis
— Selangor
— Johor
— Sarawak
— Sabah

Di Netherlands
— Wassenar

Di Perancis
— La Rochelle
— Barbezieux

Di United Kingdom
— London

Di Vietnam/Negara Cham
— Nha Trang ke Ho Chi Minh
— Sapa

Memerhati Negara

Datuk Memerhati Cucu

Di Seminar

Pantuns in English
— In Kampung Kuantan
— In Barbezieux
— In Bali
— In Germany

Baris-Baris di Hujung/At the End
— Gunung Tempurung

Pulang

Glosari

Weight0.114 kg
Dimensions16.5 × 12.5 × 0.6 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Kembara Mencari Sempadan: Catatan Seorang Penyair

    Kembara Mencari Sempadan: Catatan Seorang Penyair

    RM58.00
  • Setitik Darah di Bilik Bundar

    Setitik Darah di Bilik Bundar

    RM17.00
  • Romance and Laughter in the Archipelago: Essays on Classical and Contemporary Poetics of the Malay World
    Out of stock

    Romance and Laughter in the Archipelago: Essays on Classical and Contemporary Poetics of the Malay World

    RM80.00
  • Sulalat al-Salatin ya'ni Perteturun Segala Raja-Raja (Sejarah Melayu)
    Out of stock

    Sulalat al-Salatin ya’ni Perteturun Segala Raja-Raja (Sejarah Melayu)

    RM30.00
  • Salju Shibuya Muhammad Haji Salleh
    Out of stock

    Salju Shibuya

    RM15.00
  • Sebuah Lembah Kunamakan Tanah Air
    Out of stock

    Sebuah Lembah Kunamakan Tanah Air

    RM50.00
  • Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh: Biografi Usman Awang

    Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh: Biografi Usman Awang

    RM38.00
  • Puitika Sastera Melayu

    Puitika Sastera Melayu

    RM40.00