Sejarah dan Politik Kerajaan Bugis: Kedinamikan Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan 1812-1906

ABD. LATIFF adalah pensyarah di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera, Universiti Hasanuddin, Makassar, Sulawesi, Indonesia. Pengkhususan beliau ilah Sejarah Politik Sulawesi dan Sejarah Sosial Indonesia. Beliau berkelulusan Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sejarah Politik dan Sosial Indonesia dan telah banyak menghasilkan buku serta makalah di peringkat antarabangsa. Antara karya beliau ialah Refleksi Sejarah Sosial Politik Orang Bugis dan Kuasa Inggeris di Sulawesi Selatan.

NORDIN HUSSIN adalah profesor di Pusat Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil karya beliau berjudul Trade and Society in the Straits of Melaka yang diterbitkan oleh Nordic Institute of Asian Studies (NIAS) telah memenangi International Convention of Asian Scholars (ICAS) International Book Prize Award, Leiden University pada tahun 2007 dan juga Anugerah Akademik Negara dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2008. Beliau berkelulusan dari Universiteit van Amsterdam dan mengkhusus dalam bidang sejarah ekonomi dan sosial. Antara karya belia yang lain termasuklah Sejarah Riau Lingga dan Daerah Takluknya dan Perkahwinan dan Perceraian di Terengganu 1950-1970.

DBP (Cetakan Pertama 2015)
425 halaman

RM55.00

Only 1 left in stock

Persoalan yang diungkapkan dalam Sejarah dan Politik Kerajaan Bugis: Kedinamikan Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan 1812-1906 adalah bagaimana untuk meletakkan lima kerajaan Bugis di Konfederasi Ajatappareng dalam peta sejarah politik Sulawesi Selatan dari tahun 1812 sehingga tahun 1906, melalui kajian kepustakaan, manuskrip tempatan dan arkib.

Kajian yang berdasarkan pada penggunaan sumber primer dan sekunder memfokuskan daerah-daerah yang pernah mendapat pengaruh daripada lima kerajaan di Ajatappareng sebagai lokasi kajian utama. Sumber primer seperti manuskrip tempatan yang disebut lontara’ dan dokumen kolonial dirujuk di pelbagai arkib dan institusi di Sulawesi Selatan dan di Jakarta. Kaedah penyelidikan menggunakan metode analisis kandungan, terutamanya terhadap manuskrip tempatan.

Penulisan Sejarah dan Politik Kerajaan Bugis: Kedinamikan Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan 1812-1906 bertujuan menganalisis mengapa pada abad ke-16, kelima-lima kerajaan di Ajatappareng, iaitu Sidenreng, Sawitto, Suppa, Rappang dan Alitta menggabungkan diri dalam satu konfederasi yang disebut Limae Ajatappareng. Analisis terhadap sistem politik di Konfederasi Ajatappareng sebelum kedatangan Inggeris dan Belanda di Sulawesi Selatan penting bagi menjawab persoalan bagaimanakah wujud sistem politik tempatan di Konfederasi Ajatappareng sebelum kedatangan kuasa asing.

Penulisan Sejarah dan Politik Kerajaan Bugis: Kedinamikan Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan 1812-1906 juga bertujuan memberikan maklumat baharu berkaitan dengan konflik di Konfederasi Ajatappareng semasa kuasa kolonial Inggeris dan Belanda menjajah sepanjang abad ke-19 sehingga penaklukan Belanda ke atas Sulawesi Selatan pada 1906.

Kesimpulan hasil penelitian ini menunjukkan bahawa politik tempatan di Konfederasi Ajatappareng sebelum kedatangan kuasa asing bercirikan konflik antara kerajaan di dalam Konfederasi Ajatappareng sendiri dan di luar konfederasi. Konflik antara kerajaan berterusan semasa Inggeris memerintah, walaupun Inggeris cuba membina politik keseimbangan kekuasaan dengan cara bersekutu dengan Sidenreng dan Gowa, tetapi tetap berkonfiik dengan Bone yang terletak di pantai timur Sulawesi Selatan. Dasar politik keseimbangan kekuasaan ini diteruskan semasa pemerintahan Belanda sepanjang abad ke-19 dengan cara yang berbeza daripada yang dilakukan oleh Inggeris. Memasuki awal abad ke-20 Belanda tidak dapat meneruskan politik keseimbangan kekuasaan di Sulawesi Selatan.

Oleh itu, pada tahun 1905 dan 1906, Belanda menjalankan penaklukan bagi mengukuhkan sistem pemerintahan kolonial terhadap Sulawesi Selatan. Penulisan Sejarah dan Politik Kerajaan Bugis: Kedinamikan Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan 1812-1906 juga mendapati bahawa sumber sejarah tempatan, iaitu lontara’ didapati berbeza daripada sumber Belanda dari segi merakamkan peristiwa sejarah yang berlaku pada masa tersebut.

Penulisan Sejarah dan Politik Kerajaan Bugis: Kedinamikan Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan 1812-1906 juga mendapati bahawa terdapat unsur kedinamikan politik di Konfederasi Ajatappareng sebelum dan selepas kedatangan kuasa asing di Sulawesi Selatan. Buku ini diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada historiografi Bugis, khasnya dalam bidang sejarah sosiopolitik.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.560 kg
Dimensions 14 × 2.2 × 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789834619756

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sejarah dan Politik Kerajaan Bugis: Kedinamikan Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan 1812-1906”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.