Rangkaian Ruba’iyat

SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS adalah bekas Pengarah-Pengasas Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam atau dikenali dengan nama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Ta’adib International (Terbitan Kedua, 2020)
38 halaman

RM48.00

Only 1 left in stock

Product ID: 23399 Subjects: , Sub-subjects: ,

Rangkaian Ruba’iyat karya Syed Muhammad Naquib al-Attas, merupakan sebuah gubahan kecil yang mengandungi isi yang besar, iaitu menuturkan beberapa fikiran dan perasaan dari kesedaran hamba akan Tuhannya menerusi pemandangan batin dan dzauq pihak rohani sebagaimana terdapat pada ahli-ahli tasawuf yang tinggi. Fikiran-fikiran dan perasaan itu dihidangkan oleh al-Attas dalam bentuk sejenis karangan berangkap yang belum umum dikenal dalam bahasa Melayu ialah jenis susunan syair yang disebut ruba’i (satu-nya ruba’iyyah dan banyak-nya ruba’iyyat) pada istilah puisi bahasa Farsi.

Sha’ir ruba’i Farsi ada mempunyai kaedah sukatan, timbangan dan pertentangan bunyi yang tersendiri seperti yang diterangkan oleh pengarang dalam pendahuluannya. Yang demikian tiada sama dengan sukatan, timbangan dan pertentangan bunyi dalam bahasa Melayu, sungguh pun bilangan kerat-keratnya tiap-tiap serangkap itu empat-empat juga. Bahkan perkataan ruba’i itu sendiri telah diambil oleh orang Farsi dari bahasa Arab dengan pengertian “empat baris”, “empat rusuk” atau “empat penjuru”.

Dalam bahasa Inggeris sha’ir ruba’i yang masyhur ialah terjemahan dari ruba’i bangsa Farsi gubahan ‘Umar Khayyam. Terjemahan itu telah diperbuat dan diterbitkan oleh Edward Fitzgerald dalam tahun 1859, dan sampai sekarang masih dikira tinggi nilainya dalam kesusasteraan Inggeris oleh sebab indah bahasanya, cantik kias ibaratnya, dan luhur fikiran yang menjadi isinya, serta elok timbangan irama dan pertentangan bunyi-nya menurut secara ruba’i Farsi, walau pun dengan bahasa Inggeris.

Rangkap-rangkap ruba’i Melayu yang kita perkenalkan disini haruskah setengahnya akan didapati oleh kebanyakan pembaca barangkali samar-samar atau kurang terang maksud-maksud yang diperkatakan-nya. Kerana bahasa dan kata-katanya banyak tentang yang terpotong-potong oleh sebab hendak memelihara sukatan dan timbangan pada irama rangkapannya.

Tetapi bagaimanapun, diharap Rangkaian Ruba’iyat akan jadi pembuka jalan bagi membawa masuk ke dalam bahasa Melayu satu jenis lagi daripada karangan sha’ir, serta berisikan unsur-unsur fikiran berlainan daripada yang orang Melayu biasa selama ini. Buku kecil ini diterbitkan dengan harapan supaya peminat kesusasteraan Melayu bertambah kenal dengan puisi-puisi berbentuk ruba’i yang bukannya terjemahan tetapi asli. Disamping itu memberi kesempatan pula kepada peminat kesusasteraan kita menikmati dan mempelajari fikiran serta perasaan pengarangnya yang penuh dengan nilai hidup kerohanian.

Weight0.233 kg
Dimensions22.3 × 14.6 × 1.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author